MALAYSIA
Pemeriksaan mata sebelum masuk sekolah rendah wajar dilaksanakan - Dr Zaliha
Dr Zaliha (kanan) bersama murid, Muhammad Harith Mohd Syimir, 8, membuat pemeriksaan mata di Klinik Optometri Bergerak Malaysia UiTM selepas merasmikan Program Mata Hati Wilayah 2025 hari ini. - Foto Bernama
KUALA LUMPUR: Pemeriksaan mata bagi murid sebelum memasuki tahun satu wajar dilaksanakan sebagai langkah proaktif untuk menangani gangguan penglihatan sejak awal usia, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa.
Ringkasan AI
Beliau berkata berdasarkan saringan penglihatan yang melibatkan 2,008 murid Tahap Satu di lima sekolah rendah di sekitar Kuala Lumpur tahun lepas, kira-kira lima peratus daripadanya dikesan mengalami masalah kesihatan mata.
"Daripada jumlah itu, 88 peratus mengalami rabun, empat peratus rabun warna dan lapan peratus mengalami masalah juling," katanya ketika berucap merasmikan Program Mata Hati Wilayah 2025 di Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Bintang Utara, Cheras, di sini hari ini.
Beliau berkata gangguan penglihatan boleh mengakibatkan kelewatan dalam perkembangan motor, kognitif dan bahasa dalam kalangan kanak-kanak yang berpotensi memberikan kesan jangka panjang sehingga mereka dewasa.
Sehubungan dengan itu, Dr Zaliha berharap Kementerian Pendidikan akan mempertimbangkan cadangannya menjadikan pemeriksaan mata sebagai antara syarat wajib semasa pendaftaran murid ke tahun satu.
Mengenai Program Mata Hati Wilayah, beliau berkata lima sekolah rendah terlibat dalam fasa kedua kali ini, iaitu SK Seri Bintang Utara, SK Tun Hussein Onn, SK Jalan Bellamy, SK Seri Mega, dan SK Sungai Penchala.
Beliau berkata program itu merupakan sebahagian daripada tanggungjawab sosial Jabatan Wilayah Persekutuan di bawah inisiatif Program Usaha Jaya Insan (PUJI).
"Saya dimaklumkan 92 peratus daripada murid yang menerima bantuan cermin mata menerusi program ini menunjukkan peningkatan ketara dalam aspek komunikasi dan interaksi sosial sesama rakan," katanya.
Pada majlis itu, Dr Zaliha turut mengumumkan peruntukan sebanyak RM10,000 kepada SK Seri Bintang Utara sebagai tanda sokongan terhadap komitmen sekolah berkenaan dalam menjayakan program berimpak tinggi itu.
"Berdasarkan dapatan dan impak positif yang kita terima setakat ini, saya percaya kita berada di landasan yang betul dalam melahirkan generasi murid yang lebih yakin, sihat dan bersedia menghadapi cabaran masa depan," katanya.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Dr Zaliha mencadangkan pemeriksaan mata dijadikan syarat wajib semasa pendaftaran murid Tahun 1, selepas dapatan menunjukkan 5% murid mengalami masalah penglihatan seperti rabun, juling dan rabun warna.
- Lima sekolah rendah di Kuala Lumpur terlibat dalam fasa kedua program ini, yang menunjukkan 92% murid penerima bantuan cermin mata mengalami peningkatan komunikasi dan interaksi sosial.
- SK Seri Bintang Utara menerima RM10,000 sebagai sokongan terhadap pelaksanaan program; inisiatif ini sebahagian daripada tanggungjawab sosial Jabatan Wilayah Persekutuan di bawah PUJI.
Beliau berkata berdasarkan saringan penglihatan yang melibatkan 2,008 murid Tahap Satu di lima sekolah rendah di sekitar Kuala Lumpur tahun lepas, kira-kira lima peratus daripadanya dikesan mengalami masalah kesihatan mata.
"Daripada jumlah itu, 88 peratus mengalami rabun, empat peratus rabun warna dan lapan peratus mengalami masalah juling," katanya ketika berucap merasmikan Program Mata Hati Wilayah 2025 di Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Bintang Utara, Cheras, di sini hari ini.
Beliau berkata gangguan penglihatan boleh mengakibatkan kelewatan dalam perkembangan motor, kognitif dan bahasa dalam kalangan kanak-kanak yang berpotensi memberikan kesan jangka panjang sehingga mereka dewasa.
Sehubungan dengan itu, Dr Zaliha berharap Kementerian Pendidikan akan mempertimbangkan cadangannya menjadikan pemeriksaan mata sebagai antara syarat wajib semasa pendaftaran murid ke tahun satu.
Mengenai Program Mata Hati Wilayah, beliau berkata lima sekolah rendah terlibat dalam fasa kedua kali ini, iaitu SK Seri Bintang Utara, SK Tun Hussein Onn, SK Jalan Bellamy, SK Seri Mega, dan SK Sungai Penchala.
Beliau berkata program itu merupakan sebahagian daripada tanggungjawab sosial Jabatan Wilayah Persekutuan di bawah inisiatif Program Usaha Jaya Insan (PUJI).
"Saya dimaklumkan 92 peratus daripada murid yang menerima bantuan cermin mata menerusi program ini menunjukkan peningkatan ketara dalam aspek komunikasi dan interaksi sosial sesama rakan," katanya.
Pada majlis itu, Dr Zaliha turut mengumumkan peruntukan sebanyak RM10,000 kepada SK Seri Bintang Utara sebagai tanda sokongan terhadap komitmen sekolah berkenaan dalam menjayakan program berimpak tinggi itu.
"Berdasarkan dapatan dan impak positif yang kita terima setakat ini, saya percaya kita berada di landasan yang betul dalam melahirkan generasi murid yang lebih yakin, sihat dan bersedia menghadapi cabaran masa depan," katanya.
-- BERNAMA

#pemeriksaan mata
#sebelum memasuki tahun satu
#Zaliha Mustafa
#gangguan penglihatan sejak awal usia