DREBAR

Pemeriksaan percuma untuk kenderaan Proton sempena Hari Raya

Astro Publication 30/06/2015 | 05:14 MYT

Pemilik kenderaan Proton boleh mengambil peluang untuk mendapat pemeriksaan percuma 30-poin di semua pusat servis sah di seluruh Malaysia. Perkhidmatan ini disediakan bagi persiapan untuk menyambut Hari Raya dan musim balik kampung.

Antara komponen yang diperiksa adalah paras cecair, keadaan bateri, pengelap cermin, penutup radiator, operasi pedal, sistem suspensi, sistem penyejukan, tekanan udara di dalam tayar dan juga keadaan sistem bahan api serta brek.

Pemilik juga akan diberikan penerangan berkenaan penyelenggaraan kenderaan, di samping diberitahu bagaimana untuk membezakan diantara alat ganti tiruan dan yang palsu. Diskaun akan diberikan untuk alat ganti.

Bagi mereka yang masih tidak sempat untuk membawa kereta mereka ke pusat servis Proton yang sah sebelum pulang ke kampung, Proton akan juga mengadakan kempen pemeriksaan yang sama di beberapa stesen minyak Petronas seperti berikut:
Lokasi Masa
Petronas KM 15.3 NKVE Damansara 9, 10, dan 11 Julai
Petronas Juru, Pulau Pinang 13, 14, dan 15 Julai
Petronas Tok Giring, R&R Lebuhraya Pantai Timur, Gambang 13, 14, dan 15 Julai
Petronas Seremban, Negeri Sembilan 13, 14, dan 15 Julai
* Masa pemeriksaan dijalankan adalah dari 3.00ptg hingga 7.00mlm.

Mereka yang mendapatkan perkhidmatan percuma ini di lokasi-lokasi di atas akan turut diberikan hadiah saguhati.

Serentak dengan ini, Proton mengumumkan yang promosi ‘Even More Value’ yang, antara lain, menawarkan pembiayaan dengan kadar faedah serendah 1.99% khas bagi model-model Saga dan Iriz.
# #Proton