awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
97 pusat operasi penipuan dalam talian tumpas, 1,070 ditahan - Polis
Mayat bayi lelaki ditemukan dalam tong sampah di hentian sebelah Yong Peng
Bekas jurutera mengaku salah cuba guna wang palsu, curi barang kemas
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pemerkasa PLUS: ATM bina 6 lagi hospital medan - Ismail Sabri

Bernama
Bernama
03/06/2021
08:45 MYT
Pemerkasa PLUS: ATM bina 6 lagi hospital medan  - Ismail Sabri
Setakat ini, sebanyak tiga hospital medan telahpun beroperasi iaitu di Tawau, Sabah; Kapit, Sarawak dan Kepala Batas, Pulau Pinang. - Gambar fail/ Bernama
KUALA LUMPUR: Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan membina enam lagi hospital medan bagi menampung jumlah pesakit COVID-19 yang kian meningkat, demikian menurut Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Beliau berkata pembinaan berkenaan adalah selaras dengan pengumuman kerajaan yang memperuntukkan sebanyak RM1 bilion bagi meningkatkan kapasiti dan memperkukuhkan kesihatan awam di bawah Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi Tambahan (Pemerkasa PLUS), 31 Mei lepas.
"Peruntukan berkenaan akan digunakan untuk menambahkan tenaga kerja seperti doktor, paramedik, peralatan kesihatan dan lain-lain lagi. Makanya, kita akan ada lapan buah hospital medan (termasuk dua yang diumumkan sebelum ini) dengan peruntukan baharu ini.
"Apa yang dilakukan pihak ATM ini bukan sahaja boleh membantu kerajaan menangani isu COVID-19 malah isu berkaitan (pemberian) vaksin," katanya pada sidang media selepas menghadiri program pelancaran pembinaan Hospital Modular COVID-19 ATM di Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan di sini hari ini.
Menerusi peruntukan RM1 bilion itu, RM450 juta diperuntukkan bagi meningkatkan kapasiti katil dan peralatan Unit Rawatan Rapi (ICU) untuk rawatan COVID-19, bukan sahaja di hospital seliaan Kementerian Kesihatan tetapi juga Hospital pengajar Universiti Awam seperti UiTM, UPM dan UKM serta melalui Hospital Medan ATM seperti di Sabah dan Sarawak.
Sebanyak RM550 juta lagi diperuntukkan untuk menampung pertambahan kos operasi dan pengurusan dalam menangani krisis kesihatan COVID-19 termasuk ubat, reagen untuk saringan serta lantikan pegawai secara kontrak.
Pada 23 Mei lepas, Ismail Sabri dilapor berkata ATM akan membina dua lagi hospital medan bagi merawat pesakit COVID-19 dan setakat ini, sebanyak tiga hospital medan telahpun beroperasi iaitu di Tawau, Sabah; Kapit, Sarawak dan Kepala Batas, Pulau Pinang.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Ismail Sabri
#PEMERKASA Plus
#ATM
#Hospital Medan
#tambahan
#enam
#COVID-19
#peningkatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan