PETALING JAYA: Pemerkasaan Bahasa Melayu harus seiring dengan pengukuhan Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua agar kedua-duanya tidak dipinggirkan, kata Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek.
Beliau berkata, bahasa Inggeris bukan sekadar mata pelajaran yang perlu dipelajari, tetapi alat berharga yang boleh membuka pintu kepada dunia yang penuh kemungkinan.
"Satu langkah penting ke arah ini ialah pelaksanaan dasar MBMMBI (Memartabatkan Bahasa Melayu, Memperkukuh Bahasa Inggeris). Dasar ini adalah untuk mengekalkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan sambil memanfaatkan potensi ekonomi bahasa Inggeris sebagai bahasa global," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Anugerah 'ELS Language Centres (ELS) English Language Ambassador Award Essay Writing Competition' di Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di sini hari ini.
Fadhlina berkata, selain pemerkasaan kedua-dua bahasa itu , kerajaan ketika ini sedang menumpukan kepada empat aspek iaitu digital; Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM); Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) serta peluasan prasekolah.
"Ini tidak ada kompromi, kerana kita tahu permintaan bukan sahaja terletak pada Bahasa Melayu yang baik tetapi juga menguasai Bahasa Inggeris sebagai pengukuhan dalam sektor tertentu selain sebagai bahasa kedua untuk anak-anak menguasai berbagai bidang dan hala tuju negara.
"Khususnya STEM, TVET dan digital, Bahasa Inggeris perlu menjadi antara bahasa yang harus diperkukuhkan dalam bidang pendidikan," katanya.
Sementara itu, mengulas laporan sebuah portal berita berkaitan cadangan pakar untuk mendedahkan bidang STEM dalam kalangan kanak-kanak seawal usia empat tahun, beliau berkata pihaknya mengambil semua pandangan yang diberikan, selain ia sudah berada dalam sesi libat urus kementerian itu.
"Kita sedang melaksanakan sesi libat urus dan telah mengumumkan kerangka Kurikulum Persekolahan 2027. Kesemua elemen itu dimasukkan dalam pengukuhan pelaksanaan di peringkat pra sekolah," katanya ketika ditemui media.
Terdahulu, Fadhlina menyampaikan hadiah kepada 10 pemenang pertandingan penulisan Bahasa Inggeris dalam talian yang disertai seramai 30,987 pelajar tingkatan lima dan empat dari 516 sekolah di seluruh negara tahun lepas.
Juara pertandingan itu dinobatkan kepada Nur Maisara Ahmad Joha, 18, dari Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Sheikh Ahmad, Perlis yang membawa pulang hadiah berjumlah RM15,000 termasuk wang tunai RM2,000 dan kos lawatan pengajian ke University of Adelaide di Australia selama tujuh hari.
ELS Malaysia merupakan francais Pusat Bahasa ELS yang berpangkalan di Amerika Syarikat yang ditubuhkan pada 1990 dan mempunyai empat pusat di negara ini iaitu di Kuala Lumpur, Subang Jaya, Universiti Putra Malaysia (UPM) di Serdang dan Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Skudai.
-- BERNAMA
Bernama
Thu May 09 2024
Fadhlina ketika berucap pada Majlis Anugerah 'ELS Language Centres (ELS) English Language Ambassador Award Essay Writing Competition' di Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di sini hari ini. - Foto Bernama
WTF: Tang Jie-Ee Wei hampiri kejuaraan, cipta sejarah
Chen Tang Jie-Toh Ee Wei menghampiri gelaran juara Jelajah Dunia Akhir (WTF) Persekutuan Badminton Dunia (BWF) selepas melangkah ke final edisi 2024 di Hangzhou, China, malam ini.
Karnival M6 jambatani komuniti e-sukan dengan khalayak umum
Sempena Kejohanan Antarabangsa Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) M6 di mana Malaysia menjadi tuan rumah buat kali kedua.
Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal - Fahmi
Kontroversi Jalur Gemilang terbalik pada jersi pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia dianggap sebagai kesilapan ketara.
SAPP umum keluar daripada Perikatan Nasional - Presiden
Parti Maju Sabah (SAPP) hari ini umum keluar daripada Perikatan Nasional - Presiden
Kos haji meningkat atau kekal diumum pada Isnin
Pengumuman kos bagi mengerjakan haji bagi tahun hadapan akan dibuat pada Isnin sekali gus menjawab persoalan sama ada berlaku peningkatan atau kos dikekalkan.
Jenazah bayi beku: Polis rekod keterangan doktor
Polis telah merakam keterangan empat individu pada Jumaat, berhubung kes jenazah bayi lelaki disimpan dalam peti sejuk di sebuah hospital swasta di Klang.
'Allosaurus' & 'Stegosaurus' dibida £12.4 juta pound
Tiga rangka dinosaur dari era Jurassic berjaya dibida dengan nilai 12.4 juta pound pada Khamis. Bidaan itu yang berlangsung di London melibatkan dua fossil Allosaurus yang dijual berpasangan berjumlah 8.1 juta pound atau bersamaan 10.3 juta dolar Amerika.
Gempa bumi kuat 6.3 magnitud gegar Chile
Gempa bumi berukuran 6.3 magnitud menggegarkan wilayah tengah Chile termasuk ibu negara, Santiago pada Jumaat.
Francois Bayrou dilantik Perdana Menteri baharu Perancis
Presiden Perancis, Emmanuel Macron, yang sedang berhadapan tekanan politik, semalam melantik sekutunya yang berhaluan tengah, Francois Bayrou, sebagai Perdana Menteri baharu bagi negara itu.
Penunjuk perasaan Korea Selatan berhimpun menjelang undi pemecatan Presiden kali kedua
Penunjuk perasaan berhimpun di luar Dewan Perhimpunan Nasional Korea Selatan menjelang undi pemecatan kedua Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol pada Sabtu.
Pemerkasaan bahasa Melayu, Inggeris perlu seiring - Fadhlina
Pemerkasaan Bahasa Melayu harus seiring dengan pengukuhan Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua agar kedua-duanya tidak dipinggirkan.