awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kematian Suri: Keluarga pertimbang lantik peguam pemerhati
Malaysia catat jualan eksport RM45.4 bilion daripada misi perdagangan PM 2025
AS naikkan duti import kenderaan bermotor, tarif timbal balas ke atas Korea Selatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pemerkasaan komuniti penting dalam peralihan pandemik kepada endemik - Annuar Musa

Bernama
Bernama
14/11/2021
11:27 MYT
Pemerkasaan komuniti penting dalam peralihan pandemik kepada endemik - Annuar Musa
Tan Sri Annuar Musa (kiri) bersama calon BN DUN N13 Paya Rumput Datuk Rais Yasin ketika sidang media selepas beramah mesra dengan penduduk setempat di Warung Gendang Gendut Tali Kecapi di Krubung Jaya, Melaka Tengah hari ini. Foto BERNAMA
MELAKA: Pemerkasaan komuniti dari aspek kawalan kendiri terhadap pematuhan prosedur operasi standard (SOP) bagi mencegah jangkitan COVID-19 merupakan perkara penting dalam suasana peralihan negara daripada fasa pandemik kepada endemik, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa.
Beliau berkata berikutan kekurangan anggota penguatkuasaan bagi memantau pematuhan SOP dalam kalangan rakyat, pemerkasaan komuniti yang selaras dengan konsep Keluarga Malaysia merupakan satu kaedah yang dapat membantu.
"Kita merasakan pemerkasaan komuniti ini adalah satu kaedah, lalu kita menghidupkan semula apa yang kita panggil komuniti Keluarga Malaysia," katanya dalam temu bual bersama stesen radio Melakafm hari ini.
Annuar berkata bagi menjayakan konsep Keluarga Malaysia, semua pegawai penerangan yang berada di akar umbi perlu mewujudkan rangkaian bersama pemimpin tempatan termasuk badan bukan kerajaan (NGO) dan institusi pengajian tinggi.
"Ia membentuk apa yang kita panggil rangkaian jaringan Keluarga Malaysia," katanya.
Beliau berkata selain itu, bagi mendukung aspirasi nasional Keluarga Malaysia, beberapa program seperti peranti Keluarga Malaysia dan pakej remaja Keluarga Malaysia telah dilancarkan bagi kemudahan rakyat.
"Program peranti Keluarga Malaysia adalah untuk memberikan peranti atau gajet dengan harga yang murah dan mampu kepada rakyat terutama sekali kita sedang membuat 'roll out' program 4G supaya mereka yang guna telefon 3G misalnya dapat berhijrah dan memiliki gajet 4G dengan harga yang paling murah.
"Kita juga melancarkan pakej remaja Keluarga Malaysia dan anak-anak muda terutama murid sekolah dapat memiliki atau membeli data pada harga RM10 sebulan untuk mereka mendapat sejumlah megabait data yang mereka boleh guna untuk tujuan produktiviti, pembelajaran dan sebagainya," katanya.
Bagaimanapun, Annuar berkata apa yang penting dalam konsep Keluarga Malaysia ialah sifat keprihatinan dapat dihayati dan diamalkan oleh rakyat keseluruhan.
Keluarga Malaysia dilancarkan di Sarawak oleh Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada 23 Okt lepas iaitu semangat yang diterapkan oleh kerajaan dalam pentadbiran negara dengan kepentingan dan kesejahteraan rakyat dipelihara seperti menjaga sebuah keluarga.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Pemerkasaan Komuniti
#kawalan kendiri
#pematuhan SOP
#COVID-19
#pandemik
#endemik
#Annuar Musa
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan