MALAYSIA
Pemerkasaan tahfiz bina huffaz profesional seimbang - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid berkata, pendidikan tahfiz perlu dilihat sebagai aset strategik negara dan bukan isu pinggiran. - Bernama
KUALA LUMPUR: Pemerkasaan pendidikan tahfiz pada pelbagai peringkat mencerminkan komitmen kerajaan dalam membina generasi huffaz profesional yang seimbang dari segi rohani, ilmu dan kemahiran, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Beliau berkata usaha memperkasakan bangsa Melayu tidak boleh tertumpu kepada kekuatan ekonomi semata-mata tanpa disertai pembinaan kekuatan rohani, justeru pendidikan tahfiz perlu dilihat sebagai aset strategik negara dan bukan isu pinggiran.
"Dalam memperkasakan Melayu, kita tidak boleh membina kekuatan ekonomi semata-mata tanpa membina kekuatan rohani. Sebab itu saya melihat pendidikan tahfiz sebagai aset strategik bangsa," katanya ketika berucap pada majlis Konvensyen Memperkasa Pendidikan Melayu di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL), di sini pada Selasa.
Majlis turut dihadiri Setiausaha Agung UMNO Datuk Asyraf Wajdi Dusuki dan Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO merangkap Pengerusi Sekretariat Konvensyen Memperkasa Pendidikan Melayu Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi.
Ahmad Zahid berkata melalui pelaksanaan Dasar Tahfiz Negara 2.0, program Pra-Tahfiz, Ulul Albab di semua Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) serta pengiktirafan Sijil Tahfiz Malaysia yang setara dengan Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3, kerajaan sedang membina generasi huffaz profesional yang holistik.