Pemilihan Gerakan peringkat kebangsaan yang ditangguhkan sejak 2011 bagi memberi tumpuan kepada proses Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) pada 5 Mei lepas, akan diadakan pada 26 Okt depan.
Pengerusi Jawatankuasa Penyeliaan Pemilihan Parti Kebangsaan Tan Sri Dr Chin Fook Weng berkata proses pemilihan parti itu akan dimulakan dengan pemilihan di peringkat cawangan pada 5 Jun ini.
"Untuk peringkat Bahagian dan negeri sekitar Ogos dan September dan kemuncaknya ialah mesyuarat agung di peringkat kebangsaan pada 26 Okt yang dijadual dirasmikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media yang diadakan bagi memperkenalkan setiausaha Gerakan Pulau Pinang yang baharu Dr Lim Boon Ben bagi menggantikan Goh Kheng Sneah yang meletak jawatan pada 5 Mei lepas.
Dr Lim, seorang doktor gigi dan mempunyai klinik di Nibong Tebal telah melibatkan diri dalam Gerakan sejak 30 tahun yang lepas dan beliau akan memegang jawatan itu sehingga pemilihan parti selesai dan mempunyai barisan kepimpinan yang baharu.
Dr Chin juga mengalu-alukan golongan muda untuk menyertai Gerakan bagi memantapkan serta menyemarakkan kelangsungan perjuangan parti berkenaan seiring dengan peredaran zaman.
"Kita mahukan ramai golongan muda sertai parti, semangat yang baharu untuk teruskan perjuangan, kita juga mengalu-alukan kepada anggota parti yang berminat untuk bertanding dan menjadi pemimpin parti," katanya.
Beliau berkata Gerakan sedang mencari formula baharu untuk menarik minat golongan muda daripada pelbagai kaum menyertai parti berkenaan bagi bersama-sama berjuang demi kesejahteraan rakyat dan merealisasikan wawasan negara.
Bernama
Tue Jun 04 2013
Kemalangan maut di tempat kerja sektor pembinaan Singapura meningkat tiga kali ganda
Kementerian Tenaga Manusia Singapura melaporkan peningkatan mendadak dalam kes kemalangan maut di tempat kerja bagi sektor pembinaan.
TH jangka mula keluar surat tawaran haji Isnin ini
Lembaga Tabung Haji (TH) dijangka mula mengeluarkan surat tawaran untuk menunaikan ibadah haji bagi tahun 2025/1446 Hijrah pada Isnin ini.
Kerajaan terus perkasa TVET, penuhi keperluan industri & teknologi – TPM
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, TVET bukan saja membuka peluang kerjaya, malah menjadi pemangkin kepada pembangunan negara.
Warga emas guna PPR sebagai lokasi transit PATI
Seorang lelaki berusia 62 tahun ditahan oleh Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Kedah selepas menyimpan 22 PATI warga Myanmar di rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) miliknya di Kuala Nerang, Kedah sebelum dihantar ke ejen pekerjaan di Pulau Pinang.
Nilai ringgit kukuh, inflasi terkawal petanda positif lonjakan pertumbuhan negara
Nilai Ringgit yang kembali pulih, inflasi kekal terkawal serta kadar pengangguran kekal rendah merupakan antara petanda positif yang akan melonjakkan keyakinan terhadap pertumbuhan ekonomi negara.
Zon khas untuk jual barangan tanpa subsidi bakal diperkenal
Kerajaan bakal memperkenal zon khas di kawasan sempadan untuk penjualan barangan tanpa subsidi bagi menangani aktiviti penyeludupan dan ketirisan barang kawalan.
Jenazah bayi ditahan: Laporan KKM siap selewat-lewatnya minggu depan
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzukelfy Ahmad memohon orang ramai memberi ruang kepada siasatan, ekoran keunikan kes tersebut.
[TERKINI] Polis rakam keterangan empat individu, jenazah bayi dalam peti sejuk
Polis merakam keterangan empat individu pada Jumaat, berhubung kes jenazah bayi lelaki disimpan dalam peti sejuk di sebuah hospital swasta di Klang.
AWANI Ringkas: Spekulasi Tengku Zafrul tinggalkan UMNO
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Karnival M6 jambatani komuniti e-sukan dengan khalayak umum
Sempena Kejohanan Antarabangsa Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) M6 di mana Malaysia menjadi tuan rumah buat kali kedua.
'Batal hasrat pilihan raya awal tanda DAP takut kepada PKR' - Gerakan P. Pinang
Keputusan kerajaan negeri Pulau Pinang pimpinan DAP untuk tidak meneruskan cadangannya mengadakan pilihan raya awal menunjukkan mereka takut kepada PKR.
PRN: Gerakan Pulau Pinang adakan mesyuarat tergempar
Sebelum ini, persiapan parti adalah bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14 yang dijadualkan pada 2018 namun, keadaan itu berubah susulan situasi politik semasa di negeri ini.
Pemilihan Gerakan diadakan pada 26 Okt: Dr Chin
Pemilihan Gerakan peringkat kebangsaan yang ditangguhkan sejak 2011 bagi memberi tumpuan kepada proses PRU13 pada 5 Mei lepas, akan diadakan pada 26 Okt depan.