Pemilihan baharu semua jawatan termasuk jawatan presiden dan timbalan presiden MIC akan menjadi penyelesaian terbaik dalam menyelesaikan krisis dalaman parti itu, demikian disyorkan oleh anggota Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) parti itu, P. Kamalanathan.
Beliau berkata cadangan itu pada pendapatnya akan menyelesaikan serta meletakkan titik noktah kepada krisis yang berlarutan dalam parti itu.
"Walaupun bukan dicadangkan oleh Pendaftar Pertubuhan (RoS), krisis ini tidak seharusnya melampaui batas sehingga merosakkan imej parti berusia 68 tahun itu," katanya pada sidang media di sini pada Rabu.
Kamalanathan, yang juga Timbalan Menteri Pendidikan II, turut merayu kepada presiden Datuk Seri G. Palanivel supaya menghentikan segera semua keputusan unilateral oleh beliau demi parti dan masyarakat India.
"Janji-janji yang dibuat semasa mesyuarat 10 Dis lepas untuk bertemu dengan RoS bersama-sama dengan timbalan presiden Datuk Seri Dr S. Subramaniam dan menubuhkan sebuah jawatankuasa tidak ditunaikan dan keputusan presiden telah mengeruhkan lagi keadaan," katanya.
"Saya berharap Palanivel akan memanggil mesyuarat untuk memperjelaskan kepada kita apa yang sebenarnya berlaku. Saya masih mempercayai presiden dan timbalannya untuk menyelesaikan masalah dalaman ini," katanya.
Ditanya mengenai cadangan mesyuarat agung tergempar bagi membuat usul undi tidak percaya terhadap Palanivel, Kamalanathan berkata ahli parti masih menghormati presiden dan percaya beliau boleh menangani krisis ini dengan cekap.
Beliau juga menyatakan rasa kesal beliau terhadap insiden naib presiden Datuk M. Saravanan dan Ketua Wanita MIC, Mohana Muniandy dilarang memasuki bangunan ibu pejabat MIC di sini, pada Rabu.
Krisis dalaman parti itu tercetus selepas RoS membatalkan pemilihan tiga Naib Presiden dan 23 anggota CWC parti tersebut dalam Perhimpunan Agung MIC di Melaka, pada November, 2013.
Dalam surat bertarikh 5 Dis lepas, RoS mengarahkan jawatan tersebut dipilih semula dalam tempoh 90 hari berikutan dakwaan wujud ketidakaturan serta berlaku pelanggaran perlembangaan parti dan Akta Pertubuhan.
Bernama
Wed Jan 28 2015
Kamalanathan (gambar) merayu kepada presiden Datuk Seri G. Palanivel supaya menghentikan segera semua keputusan unilateral oleh beliau demi parti dan masyarakat India.
YTL umum Model Bahasa Raya 'Ilmu', terajui model lain dalam bahasa Malaysia
Melalui laman rasmi, Ilmu 0.1 turut dikatakan telah melepasi ujian PT3 dan juga SPM dalam bahasa Melayu.
Fahmi zahir ucapan takziah kepada keluarga wartawan Nikkei Asia, Hakimie Amrie
Fahmi menyifatkan Allahyarham dikenali sebagai seorang pengamal media yang komited serta berdedikasi.
Tidak ambil gaji dan elaun, bukti komitmen Ramanan demi warga Sungai Buloh
Ramanan menjadi tumpuan umum selepas menyingkirkan Khairy Jamaluddin di Parlimen Sungai Buloh dalam pertarungan yang dianggap cukup sengit.
Google Maps mungkin guna rakaman dashcam untuk kemas kini data pemetaan
Menurut Google, pihaknya bekerjasama dengan beberapa pengeluar perakam kereta yang mengumpul dan menyimpan data rakaman pengguna.
Razman Zakaria mohon maaf kepada Nga Kor Ming
Razman mengaku terkhilaf dan terkeliru antara dua program yang dirasmikan oleh Nga pada 13 Sept dan 24 Okt melibatkan insiden kibaran bendera negara China.
Heritage Buildings: Preserve or progress?
Heritage buildings hold the echoes of our history and the soul of our identity. Yet, as modern cities expand, the pressure mounts to either preserve or redevelop? Here to guide us through this conversation is Director of Research at Rahim & Co International Sdn Bhd, Sr. Sulaiman Saheh.
Malaysia lulus pelaburan RM254.7 bln bagi sembilan bulan pertama 2024 - MIDA
Pelaburan diluluskan sebanyak RM254.7 bilion untuk sembilan bulan pertama 2024, menekankan keyakinan kukuh pelabur terhadap dasar dan hala tuju ekonomi Malaysia.
Astro catat pemulihan ADEX pada suku tahun ketiga
Astro Malaysia Holdings Berhad mencatat pertumbuhan dalam perbelanjaan pengiklanan (Adex) pada suku ketiga tahun kewangan 2025.
Bomba selamatkan empat individu terperangkap ketika memancing di Sitiawan
Pihak JBPM Perak mendapat maklumat mengenai insiden tersebut pada 1.13 pagi.
Data & Statistik: Perdagangan borong, runcit Malaysia melakar rekod baharu pada Oktober
Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), perdagangan runcit mendahului carta, meningkat sebanyak 7.1 peratus kepada RM64.9 bilion, manakala perdagangan borong menyumbang RM66.3 bilion, dengan kenaikan 4.8 peratus.
E-sukan sebagai subjek sekolah di Malaysia?
Adakah Malaysia bakal mencontohi negara jiran dengan memperkenalkan subjek e-sukan dalam sukatan pelajaran di sekolah?
Tindakan tegas terhadap syarikat kawalan keselamatan sekolah - Kamalanathan
Antara tindakan itu termasuk tidak melanjutkan kontrak syarikat berkenaan kerana tindakan mogok di dua sekolah baru-baru ini boleh membahayakan keselamatan pelajar.
Kementerian Pendidikan gantung syarikat pembekal mi goreng 'kaca'
Kementerian Pendidikan telah menggantung perkhidmatan syarikat yang membekal mi goreng di pelajar Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Ladang Nigel Gardner, Hulu Selangor
'Guru holistik platform lahir murid cemerlang' - Kamalanathan
Kewujudan guru holistik menjamin pembentukan murid cemerlang yang mampu mentaksir kebijaksanaan merangkumi akal dan kecerdasan emosi.
Jerebu: Sekolah di KL, Selangor, Putrajaya, N.Sembilan, Melaka diarah tutup Selasa
Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid mengarahkan sekolah di Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan dan Melaka ditutup.
'Menteri Pendidikan jangan malas tinjau sekolah pedalaman' - Dr Mohd Puad
Sikap malas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dikatakan punca sekolah di Keningau, Sabah serta beberapa lagi sekolah pedalaman masih berada dalam keadaan daif.
Mahasiswa perlu berani, fikir lebih luas terokai bidang pekerjaan - Kamalanathan
Golongan mahasiswa perlu berani dan berfikiran lebih luas untuk meneroka bidang pekerjaan, kata Timbalan Menteri Pendidikan II P.Kamalanathan.
Tiada pemotongan bajet sekolah untuk peruntukan banjir - Kamalanathan
Tiada pemotongan bajet sedia ada untuk sekolah di negara ini yang diambil bagi disalurkan kepada mangsa banjir di Pantai Timur.
Kerajaan kaji larangan bawa telefon bimbit ke sekolah - Kamalanathan
Kementerian Pendidikan sedang mengkaji cadangan untuk menimbang semula keputusannya untuk tidak membenarkan telefon bimbit dibawa ke sekolah.
Pentadbiran sekolah jangan keterlaluan, baju kurung milik orang Malaysia - Nik Safiah
Pentadbiran sekolah dinasihatkan supaya menghormati tata pakaian seragam pelajar yang sudah ditetapkan dan tidak sekali-kali membezakannya mengikut agama atau bangsa tertentu.