KUALA LUMPUR: Keputusan representasi kedua pengasas dan pemilik bersama Crackhouse Comedy Club, Mohamad Rizal Van Geyzel untuk menggugurkan tiga pertuduhan membuat dan memulakan hantaran video yang menyentuh sensitiviti kaum dalam aplikasi media sosial yang dihadapinya di Mahkamah Sesyen di sini pada Khamis ditetapkan pada 31 Mei depan.
Sekiranya Jabatan Peguam Negara (AGC) menolak representasi itu, Hakim N Priscilla menetapkan perbicaraan kes berkenaan diteruskan pada 1 dan 2 Jun.
Semasa prosiding, Timbalan Pendakwa Raya, Noor Aslinda Che Seman berkata, surat representasi kedua itu diterima pada Khamis, maka pihak pendakwaan memohon tempoh sebulan untuk membawanya kepada pihak atasan.
Menurutnya, dokumen tambahan akan diserahkan kepada pasukan pembelaan pada tarikh lain kerana pegawai penyiasat tidak dapat hadir kerana isterinya mempunyai masalah kesihatan.
Sementara itu, peguam M Pravin berkata, maklumat perkembangan baharu yang sangat penting telah dimasukkan ke representasi kedua berkenaan dalam usaha menggugurkan pertuduhan terhadap anak guamnya.
"Oleh itu, kami memohon perbicaraan kes ditangguhkan sehingga Jun depan sementara menunggu keputusan representasi.
“Pihak kami juga akan mengemukakan permohonan untuk mendapatkan sementara pasport anak guam bagi membolehkannya menunaikan umrah pada 15 hingga 30 Mei depan," katanya.
Mahkamah kemudiannya melapangkan perbicaraan yang ditetapkan pada 14 April dan 2, 3 serta 22 Mei ini.
Pada 20 Januari lalu, mahkamah dimaklumkan representasi pertama Rizal ditolak oleh AGC dan tertuduh akan memfailkan representasi kedua atas isu yang sama.
Mohamad Rizal, 40, didakwa membuat dan memulakan penghantaran komunikasi jelik dengan niat untuk menyakitkan hati orang lain melalui aplikasi Facebook menggunakan nama profil ‘Rizal van Geyzel, Instagram ‘rizalvangeyzel’ dan TikTok ‘rizalvangeyzel’, antara 4 hingga 6 Julai 2022.
Ketiga-tiga hantaran itu dibaca di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Siber dan Multimedia, Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Menara KPJ di sini, pada 1.17 tengah hari, 13 Julai tahun lepas.
Ketiga-tiga pertuduhan itu dikemukakan mengikut Seksyen 233 (1) (a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan dihukum mengikut Seksyen 233(3) akta sama yang membawa hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara maksimum setahun atau kedua-duanya dan boleh didenda RM1,000 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas sabitan, jika disabitkan kesalahan. -Sinar Harian
Sinar Harian
Thu Apr 06 2023
Mohamad Rizal Van Geyzel mengemukakan representasi kedua bagi menggugurkan tiga pertuduhan membuat dan memulakan hantaran video yang menyentuh sensitiviti kaum dalam aplikasi media sosial yang dihadapinya. - Foto BERNAMA
BN mahu beri sumbangan dominan pada PRU16 - Ahmad Zahid
Barisan Nasional (BN) mahu menjadi parti yang dapat memberikan sumbangan besar dan dominan pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang, kata Pengerusinya Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
AWANI Borneo [15/12/2024] - Kenalan lelaki mangsa direman | Apa impak langkah SAPP? | 11 projek sakit di Sarawak
AWANI Borneo Ahad, 15 Disember 2024 bersama Nickyson Nyambar
Wanita hilang sepuluh hari ditemui tidak bernyawa dalam kereta
Tindakan SAPP keluar pn, apa reaksi Ronald Kiandee dan Bung Moktar?
Masalah kontraktor antara punca projek sakit di Sarawak
Wanita hilang sepuluh hari ditemui tidak bernyawa dalam kereta
Tindakan SAPP keluar pn, apa reaksi Ronald Kiandee dan Bung Moktar?
Masalah kontraktor antara punca projek sakit di Sarawak
Anwar gesa pemilihan PKR segera dilakukan, junjung prinsip demokrasi
Anwar berkata barisan kepimpinan parti juga harus melibatkan gandingan baharu dan lama.
Tiada lagi penyeri keluarga, pemergian 'Amoi' amat dirasai
Bapa mangsa, Lan Endor, menyifatkan pemergian Nurul Asikin atau lebih dikenali sebagai Amoi sebagai seorang yang sentiasa ceria dan tidak pernah lupa memberitahu ibunya setiap kali ingin ke mana-mana.
11 projek sakit dikenal pasti di Sarawak di bawah RMK-10
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, keseluruhan projek pembinaan yang telah dikenal pasti melibatkan sektor pendidikan, kesihatan dan pembangunan desa.
Projek hospital pengajar UNIMAS dijadual beroperasi 2026
Status pembinaan projek hospital pengajar UNIMAS mengikut jadual ditetapkan dengan status tersebut kini mencecah kepada 52 peratus.
Tiga lagi suspek kes bunuh lelaki di pangsapuri direman
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi ketika mengesahkan penahanan tersebut berkata, kesemua suspek rakyat tempatan, berusia antara 32 hingga 48 tahun dan ditangkap di lokasi berbeza.
SAPP bebas buat keputusan keluar PN - Ahmad Zahid
Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, Parti Maju Sabah (SAPP) bebas membuat keputusan untuk keluar daripada Perikatan NAsional (PN).
SAPP main dua kolam - Bung Moktar
Ketua Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin ,menyifatkan tindakan sapp itu seperti sudah dijangka terutama ketika situasi politik sabah yang tidak menentu ketika ini.
Malaysia hasrat jadi tuan rumah lebih banyak acara e-sukan antarabangsa - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid menyatakan kesediaan Malaysia untuk menjadi tuan rumah bagi lebih banyak acara sukan elektronik atau e-sukan antarabangsa pada masa akan datang.
Kes Wan Saiful: Lebih RM900,000 dimasukkan ke akaun bank tiga syarikat
Mahkamah Sesyen di sini hari ini diberitahu wang berjumlah RM976,380 dimasukkan ke dalam akaun bank tiga syarikat menerusi lima transaksi, dua tahun lepas.
Warga emas didakwa pukul anak OKU hingga cedera
Seorang lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan memukul anak perempuannya yang juga orang kurang upaya (OKU) sehingga mengalami kecederaan, Jumaat lepas.
Kes abai Zayn Rayyan: AGC tolak permohonan ibu bapa semak pertuduhan
Timbalan Pendakwa Raya mencadangkan supaya tarikh perbicaraan yang ditetapkan dalam prosiding lalu dikekalkan.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 4 Disember 2024.
Wang tunai lebih RM45 juta dijumpai di pejabat, rumah dan kereta bekas Pengarah JANS - Hakim
Lebih RM45 juta wang tunai telah dirampas daripada bekas Pengarah Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) Ag Mohd Tahir Mohd Talib dalam kes pengubahan wang haram pada 2016.
Dua individu termasuk remaja bawah umur mengaku tidak bersalah lakukan khianat
Dua individu termasuk seorang remaja bawah umur mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, kerana melakukan perbuatan khianat menggunakan api bulan lepas.
Siasatan kes perolehan aset di luar negara keluarga Tun Daim diteruskan - SPRM
SPRM ketika ini sedang melakukan penyelidikan kewangan (money trail) di luar negara dengan kerjasama agensi-agensi antarabangsa.
Palsu kad UNHCR: Lelaki warga Myanmar dipenjara lima tahun, denda RM30,000
Seorang lelaki warga Myanmar dijatuhi hukuman penjara lima tahun dan denda RM30,000 oleh Mahkamah Sesyen hari ini kerana memalsukan kad UNHCR September lepas.
Amang seksual: Peguam empat pembantu madrasah hantar representasi kedua kepada AGC
Pihak pembelaan yang mewakili empat pembantu pengajar sebuah madrasah di Kuala Pilah akan menghantar representasi kedua kepada Jabatan Peguam Negara (AGC).
Azlan Man mengaku tidak bersalah pertuduhan pilihan salah guna wang RM1.06 juta
Bekas Menteri Besar Perlis Datuk Seri Azlan Man mengaku tidak bersalah atas lima pertuduhan pilihan menyalahgunakan wang berjumlah RM1.06 juta.