awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
China rakan strategik pacu pembangunan mampan dan berdaya tahan - TPM Fadillah
"Taj Mahal: An eternal love story" karya hebat - Anwar
Kerajaan cadang perluas pendidikan al-Quran, tahfiz di sekolah rendah - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pemilik gim dikompaun RM10,000, empat pelanggan masing-masing RM2,000

Dewi Nur Harasha Alias
Dewi Nur Harasha Alias
16/06/2021
02:01 MYT
Pemilik gim dikompaun RM10,000, empat pelanggan masing-masing RM2,000
Pemilik premis berusia 58 tahun didapati gagal mematuhi garis SOP yang ditetapkan apabila menjalankan perniagaan bukan perkhidmatan perlu tanpa kebenaran. - Foto ihsan PDRM
BUTTERWORTH: Seorang pemilik pusat gimnasium di Butterworth dikompaun RM10, 000 manakala empat pelanggannya dikompaun RM2,000 setiap seorang selepas didapati beroperasi dan melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Penuh.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor berkata ketika pemeriksaan Op Pematuhan SOP PKP 3.0 dibuat sekitar jam 5.40 petang Selasa terdapat enam individu yang berada di dalam premis berkenaan di Jalan Bagan Luar, Butterworth.
Pemilik premis berusia 58 tahun didapati gagal mematuhi garis SOP yang ditetapkan apabila menjalankan perniagaan bukan perkhidmatan perlu tanpa kebenaran serta melakukan aktiviti yang dilarang semasa tempoh PKP.
"Ketika operasi, terdapat lima lelaki sedang bermain gim dan mereka didapati gagal mematuhi arahan yang ditetapkan oleh Ketua Pengarah Kesihatan.
"Pelanggan gim berusia di antara 36 hingga 52 tahun dikenakan kompaun kerana ingkar SOP apabila bersenam sedangkan aktiviti itu tidak dibenarkan, namun seorang pelajar sekolah yang turut berada di premis tidak dikenakan tindakan," kata Noorzainy dalam kenyataan pada Rabu.
Noorzainy berkata tindakan kompaun diambil mengikut Peraturan PU(A) 265, Peraturan 16 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (NO.3) 2021, manakala remaja yang juga pelajar sekolah itu hanya diberi amaran sahaja.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#SOP
#PKP
#gimnasium
#pelanggan
#kompaun
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan