awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amaran PBB: Keganasan di Myanmar memuncak menjelang pemilihan di bawah kawalan tentera
Trump didakwa naik jet peribadi Epstein lapan kali pada 1990-an – Dokumen DOJ
[KOLUMNIS] Pengesanan awal penyakit buah pinggang cegah beban sektor kesihatan yang kian nazak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pemilik hartanah di Negeri Sembilan disaran rebut peluang tukar hak milik

Bernama
Bernama
12/03/2025
15:00 MYT
Pemilik hartanah di Negeri Sembilan disaran rebut peluang tukar hak milik
Aminuddin berkata tawaran itu tidak akan kekal selamanya dan akan berakhir pada bila-bila masa sebaik sahaja pelaksanaannya memasuki penggal ketiga nanti. - Gambar fail/Bernama
SEREMBAN: Pemilik hartanah di Negeri Sembilan disaran merebut peluang melaksanakan pertukaran status pegangan hak milik daripada pajakan kepada kekal (leasehold to freehold) di Pejabat Daerah dan Tanah (PDT) sebelum tawaran itu ditamatkan.
Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun berkata tawaran itu tidak akan kekal selamanya dan akan berakhir pada bila-bila masa sebaik sahaja pelaksanaannya memasuki penggal ketiga nanti.
Beliau berkata Negeri Sembilan merupakan negeri pertama melaksanakan pertukaran pemilikan hartanah, seperti dijanjikan dalam manifesto Pakatan Harapan semasa Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 pada 2018.
"Saya minta masyarakat tidak menunggu. Program ini sudah dilaksanakan (dan) memasuki penggal kedua, mungkin penggal ketiga kita akan tamatkan. Jadi, semua pemilik di semua daerah diharapkan dapat ambil tindakan segera," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di sini hari ini.
Aminuddin berkata hanya pemilik asal rumah pada 2018 boleh membuat permohonan pertukaran di PDT manakala wakil atau pewaris hartanah tidak dibenarkan berbuat demikian.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Pakatan Harapan
#pemilikan hartanah
#Penggal ketiga
#pewaris hartanah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan