MALAYSIA
Pemilik syarikat didenda RM10,000 tipu PIBG sekolah
Mohd Khairudin (kiri) didenda RM10,000 selepas mengaku bersalah memperdaya PIBG sebuah sekolah untuk membayar RM20,000 bagi pembekalan dan pemasangan enam unit Smart TV. - Foto Bernama
BUTTERWORTH: Seorang pemilik syarikat perkhidmatan pendawaian elektrik didenda RM10,000 oleh Mahkamah Sesyen, di sini hari ini selepas mengaku bersalah memperdaya Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sebuah sekolah untuk membayar RM20,000 bagi pembekalan dan pemasangan enam unit Smart TV.
Ringkasan AI
Hakim Zulhazmi Abdullah turut memerintahkan Mohd Khairudin Ali Amran, 40, dipenjara lima bulan jika gagal membayar denda.
Mohd Khairudin didakwa menipu pihak PIBG sebuah sekolah dekat sini untuk mempercayai bahawa jumlah RM20,000 dalam sebut harga membekal dan memasang enam unit Philips Smart TV 65", namun hanya membekalkan empat unit manakala dua lagi yang berjumlah RM5,600 tidak dibekalkan.
Kesalahan itu didakwa dilakukan di sekolah terbabit pada 26 Mei 2023 mengikut Seksyen 417 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara hingga lima tahun atau dengan denda atau kedua-duanya sekali.
Tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu supaya mahkamah mengenakan hukuman denda minimum atas alasan dia menanggung isteri, dua anak termasuk seorang anak Orang Kurang Upaya serta ibunya.
Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Noor Azura Zulkiflee.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Pemilik syarikat pendawaian, Mohd Khairudin Ali Amran, didenda RM10,000 oleh Mahkamah Sesyen Butterworth kerana menipu PIBG sekolah berhubung pembekalan enam unit Smart TV, tetapi hanya menghantar empat unit.
- Dua unit TV yang tidak dibekalkan bernilai RM5,600; kesalahan dilakukan pada Mei 2023 dan didakwa di bawah Seksyen 417 Kanun Keseksaan.
- Tertuduh merayu hukuman ringan kerana menanggung isteri, dua anak termasuk seorang anak OKU, serta ibunya; jika gagal bayar denda, hukuman penjara lima bulan dikenakan.