awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketua panel Gaza sifatkan kehilangan nyawa "menyayat hati", gesa patuhi gencatan senjata
Kumpulan pecah cermin kereta dan curi tumpas, lima ditahan
Skuad negara akhiri kempen Piala Asia Futsal dengan kekalahan besar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pemimpin Amanah didesak wujudkan pakatan dengan Pejuang

Astro Awani
Astro Awani
15/08/2020
10:45 MYT
Pemimpin Amanah didesak wujudkan pakatan dengan Pejuang
Keputusan menetapkan pendirian itu adalah sejajar dengan usaha untuk menegakkan kembali mandat rakyat dan sistem demokrasi negara. - Gambar fail
Pemimpin Parti Amanah Negara (Amanah) didesak agar membuat keputusan segera untuk menetapkan pendirian teguh mewujudkan pakatan bersama Tun Dr Mahathir Mohamad dan Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang).
Desakan dikeluarkan oleh empat ketua Pemuda Amanah bahagian yang menegaskan bahawa keputusan menetapkan pendirian itu adalah sejajar dengan usaha untuk menegakkan kembali mandat rakyat dan sistem demokrasi negara.
"Keputusan ini sejajar dengan usaha untuk menegakkan kembali mandat rakyat dan sistem demokrasi negara tanpa dibelenggu oleh penangguhan tidak berkesudahan daripada individu yang mempunyai kepentingan politik peribadi," kata mereka dalam kenyataan bersama pada Sabtu.
Kenyataan itu ditandatangani oleh oleh Ketua Pemuda bahagian Zulhafiz Zulkifli (Lembah Pantai), Mohd Nur Fadhil (Bandar Tun Razak), Sheikh Khuzaifah Sheik Abu Bakar (Bukit Bintang) dan Anhdeer Supardy (Batu).
"Pemuda Amanah beraspirasi untuk membantu pembinaan semula sistem demokrasi, ekonomi dan pentadbiran negara pasca wabak COVID-19," kata mereka lagi.
Baru-baru ini, Dr Mahathir mengumumkan akan menubuhkan sebuah parti baharu yang berteraskan bangsa Melayu yang dinamakan Pejuang.
Pejuang menyertai Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim dengan menamakan calon mereka, Amir Khusyairi Mohamad Tanusi.
Selain Amir, PRK Dun Slim turut ditandingi oleh Timbalan Ketua UMNO Bahagian Tanjung Malim, Mohd Zaidi Aziz mewakili Barisan Nasional (BN) dan calon Bebas ahli akademik Santhara Sekaran Subramaniam.
Topic Berkaitan
#Amanah
#Dr Mahathir Mohamad
#Mohamad Sabu
#Parti Amanah Negara
#Parti Pejuang Tanah Air
#Pejuang
#Pemuda Amanah
#Salahuddin Ayub
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan