NEW DELHI: Kumpulan 20 negara ekonomi maju dan pesat membangun akan meneruskan perbincangan diplomatik mereka pada sidang kemuncak G20 di India pada Ahad tetapi tidak ada resolusi besar lain dijangka.
Perdana Menteri India Narendra Modi dan pemimpin G20 memulakan acara itu dengan melawat memorial yang didedikasikan untuk pejuang kemerdekaan India, Mahatma Gandhi, di ibu negara New Delhi pada sebelah pagi.
Karangan bunga kemudiannya diletakkan semasa upacara di tapak tersebut, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Presiden AS, Joe Biden, Canselor Jerman, Olaf Scholz, dan pemimpin dunia lain turut berhenti sejenak sebagai tanda penghormatan.
Menteri Luar Rusia, Sergei Lavrov, yang mewakili Kremlin kerana ketiadaan Presiden Vladimir Putin, juga menghadiri acara tersebut.
Ini berbeza dengan sidang G20 tahun lalu di Indonesia, yang juga dibayangi oleh perang Rusia terhadap Ukraine, yang bermula pada Februari 2022.
Pada penghujung sidang kemuncak dua hari itu, sesi kerja ketiga meja bulat akan diadakan di bawah moto "Satu Masa Depan", kata dpa.
Tujuannya adalah untuk membincangkan terma-terma konkrit tentang cara menangani isu seperti pembaharuan bank pembangunan dan organisasi kewangan antarabangsa.
Tiada keputusan bersama utama lain dijangka selepas pemimpin G20 mencapai kompromi pada Sabtu dan menyetujui deklarasi sidang kemuncak bersama.
Sekutu Barat Ukraine berunding mengenai perenggan perlunya semua negara untuk menahan diri daripada serangan terhadap integriti wilayah atau kemerdekaan politik negara lain. Selain itu, ancaman senjata nuklear Russia telah dikritik secara tidak langsung.
Diplomat melihat perkataan itu sebagai persetujuan terhadap tahap terendah yang umum - tetapi ia mencegah sidang itu daripada gagal.
Canselor Jerman Olaf Scholz menyifatkan kata-kata terakhir mengenai Ukraine dalam deklarasi bersama sebagai kejayaan.
--BERNAMA-dpa
Bernama
Sun Sep 10 2023
Pemimpin G20 melawat memorial yang didedikasi untuk pejuang kemerdekaan India, Mahatma Gandhi, di New Delhi pada sebelah pagi. - AP
SAF2024 dijangka jana jualan RM5 juta
SAF 2024 yang bakal dirasmikan Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menyaksikan penyertaan lebih 200 peserta pameran daripada industri pertanian, agensi, usahawan, sektor korporat dan swasta termasuk pemain antarabangsa.
#AWANIBorneo
#AWANIBorneo
Memerah keringat membersihkan 'tong sampah besar'
Sikap segelintir manusia yang gemar membuang sampah di dalam laut bukan sahaja mencemarkan alam sekitar malah mengakibatkan ada insan yang terpaksa bertungkus lumus membersihkannya agar tidak menjejaskan ekosistem terutamanya hidupan akuatik.
#AWANIBorneo
#AWANIBorneo
20 Naib Canselor, Rektor Universiti Awam sokong UiTM
JKNCR UA selar pihak yang sengaja bangkitkan isu kemasukan pelajar bukan Bumiputera ke UiTM dengan melabel UiTM sebagai 'akademi aparteid'.
Dua keldai dadah warga Indonesia ditahan di LTAPP
Polis menahan dua lelaki warga Indonesia ketika cuba menyeludup keluar syabu dan pil ekstasi bernilai RM64,700 di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP), Isnin lepas.
Tenaga Hijau: Pelaburan asing tinggi bukti Sarawak berada di landasan tepat
Ahli Lembaga Matrade, Datuk Mohamad Medan Abdullah berkata Sarawak berada di landasan yang tepat apabila menerima pelaburan luar yang besar berkait pelaburan tenaga hijau.
#AWANIBorneo
#AWANIBorneo
Sarawak iktiraf China sebagai rakan niaga penting
Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, China telah memainkan peranan signifikan dalam ekonomi Sarawak terutama berkait ekonomi hijaunya.
#AWANIBorneo
#AWANIBorneo
Piala Dunia Sepak Takraw: Malaysia mula langkah kanan acara berpasukan
Malaysia memulakan rentak cemerlang acara berpasukan kejohanan Piala Dunia Sepak Takraw 2024 selepas mudah menewaskan Brunei 3-0 pada perlawanan pertama peringkat Kumpulan C.
Syahrini sahkan hamil selepas 5 tahun kahwin
Syahrini berkongsi beberapa siri foto kehamilannya sekali gus mengumumkan kehamilan pertamanya.
Pentas kempen parti politik runtuh, sembilan maut
Sembilan orang maut selepas sebuah pentas dalam acara kempen untuk parti politik runtuh pada petang Rabu di negeri Nuevo Leon di utara Mexico.
Niaga AWANI: Produktiviti pekerja meningkat 1.9 peratus pada suku pertama
Produktiviti pekerja Malaysia yang dinyatakan sebagai nilai ditambah setiap jam bekerja mencatatkan pertumbuhan 1.9 peratus dengan jumlah jam bekerja meningkat 2.2 peratus mencatatkan 9.5 bilion jam pada suku pertama, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Tiada konflik kepentingan wujud antara China, Eropah - PM China
Tidak ada konflik geopolitik antara China dan Eropah, apatah lagi konflik kepentingan asas, kata Perdana Menteri China Li Qiang pada Ahad.
Sidang Kemuncak G20 satu kejayaan, kata Menteri Luar Rusia
Sidang Kemuncak G20 di India akan beri dorongan positif kepada pembaharuan Dana Kewangan Antarabangsa dan Organisasi Perdagangan Dunia.
PM Modi cadang sesi G20 secara maya pada akhir November
Menteri Luar Rusia menyokong idea itu, mengatakan bahawa ia akan memberi peluang untuk menilai realisasi perjanjian yang dicapai di New Delhi.
Presiden Yoon, Kishida setuju realisasikan sidang kemuncak Korea Selatan-Jepun-China
Presiden Korea Selatan Yoon Suk Yeol dan Perdana Menteri Jepun Fumio Kishida bersetuju untuk berusaha ke arah merealisasikan sidang kemuncak tiga hala dengan China.
Pemimpin mulakan hari terakhir G20 dengan lawatan ke memorial Mahatma Gandhi
Pemimpin G20 melawat memorial yang didedikasi untuk pejuang kemerdekaan India, Mahatma Gandhi, di New Delhi pada sebelah pagi.
Narendra Modi gunakan 'Bharat', bukan 'India' bagi plak nama G20
"Bharat mengalu-alukan rombongan delegasi sebagai Presiden G20," ujar Narendra Modi dalam bahasa Hindi.
Kesatuan Afrika jadi ahli tetap G20 - Modi
G20 bersetuju bahawa Kesatuan Afrika (AU) akan menyertai kumpulan kuasa ekonomi terkemuka itu, Perdana Menteri India Narendra Modi.
G20: Pemimpin dunia mula berhimpun di India
Sidang kali ini tidak akan dihadiri Presiden China, Xi Jinping dan Presiden Rusia Vladimir Putin.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Sidang Kemuncak ASEAN, G20: Korea Selatan desak tindak balas tegas ancaman Pyongyang
Presiden Korea Selatan Yoon Suk Yeol berkata beliau akan menggesa masyarakat antarabangsa untuk memberikan tindak balas yang tegas terhadap ancaman nuklear dan peluru berpandu Korea Utara.