Pemimpin negara, selebriti ucap takziah kepada keluarga Ahmad Zahid

Kohilah Sekaran
Jun 2, 2016 05:07 MYT
Barisan pemimpin negara dan selebriti tempatan mezahirkan doa serta ucapan takziah mereka kepada keluarga Datuk Seri Ahmad Zahid di media sosial.
Menantu Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Syed Alman Zain Syed Alwi meninggal dunia, pada malam Rabu.
Syed Alman, 44 tahun, merupakan suami kepada anak sulung Ahmad Zahid, Datuk Nurul Hidayah.
Susulan berita itu, barisan pemimpin negara mezahirkan doa serta ucapan takziah mereka kepada keluarga Ahmad Zahid di media sosial.
“Takziah kepada keluarga DS Zahid_Hamidi atas pemergian menantu beliau, Datuk Syed Alman Zain. Moga roh Allahyaram dicucuri rahmat. Al- Fatihahah,” tulis Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di laman Twitternya.

Takziah kpd keluarga DS @Zahid_Hamidi atas pemergian menantu beliau, Datuk Syed Alman Zain. Moga roh Allahyarham dicucuri rahmat. Al-Fatihah

— Mohd Najib Tun Razak (@NajibRazak) June 2, 2016
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin tulis, “Salam Takziah DS @Zahid_Hamidi atas pemergian menantu tersayang. Turut merasai kehilangan. Moga roh Allahyarham dicucuri rahmat. Al-Fatihah.”

Salam Takziah DS @Zahid_Hamidi atas pemergian menantu tersayang. Turut merasai kehilangan. Moga roh Allahyarham dicucuri rahmat. Al-Fatihah

— Hishammuddin Hussein (@HishammuddinH2O) June 2, 2016
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Anggota Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Ahmad Maslan berkata, “Al Fatihah. Moga roh arwah Syed Alman Zain dirahmati Allah. Takziah kpd isteri, anak2 arwah dan keluarga YAB TPM.”

Al Fatihah. Moga roh arwah Syed Alman Zain dirahmati Allah. Takziah kpd isteri, anak2 arwah & keluarga YAB TPM pic.twitter.com/gFjdWTaQ21

— Ahmad Maslan (@ahmadmaslan) June 2, 2016
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Selain itu, pemimpin pembangkang, Lim Kit Siang juga mezahirkan ucapan takziah menerusi akaun Twitternya, sebentar tadi.

Deepest condolences to @Zahid_Hamidi and familyhttps://t.co/aXz4g2EOqO Zahid Hamidi son-in-law passes away after dental surgery (Mkini)

— Lim Kit Siang (@limkitsiang) June 2, 2016
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Malah, selebriti tempatan turut tidak terlepas menyampaikan ucapan takziah mereka kepada Nurulhidayah atas kehilangan suaminya yang tersayang.
Antaranya ialah kawan karib Nurulhidayah, Datuk Siti Nurhaliza,
Siti menyifatkan Allahyarham sebagai seorang yang seorang yang sangat baik hati dan suka bergurau.
"Arwah seorang yang sangat baik hati, suka bergurau dan rajin membantu sahabatnya..Siti dan suami turut merasa kehilangan sahabat sejati..Semoga di tempatkan bersama orang-rang beriman," kongsi Siti di akaun Instagramnya.
Jenazah Syed Alman selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Ramal Luar, di sini, kira-kira 10 pagi ini.
Syed Alman Zain, suami kepada anak sulung timbalan perdana menteri, Datuk Nurulhidayah Ahmad Zahid, meninggal dunia susulan rawatan gigi di Bangsar semalam.
Allahyarham dilaporkan pergi ke klinik pada kira-kira pukul 6 petang semalam untuk mendapatkan rawatan gigi bersama seorang rakannya sebelum tidak sedarkan diri.
Menurut seorang anggota keluarga, Allahyarham dikejarkan ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) dan disahkan meninggal dunia.
#media sosial #Nurulhidayah #TPM #ucapan takziah