KUALA LUMPUR: Pemimpin-pemimpin Pakatan Harapan (PH) menzahirkan ucapan tahniah dan bersyukur atas pelantikan Pengerusi gabungan itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri ke-10.
Sejurus selepas selesai istiadat mengangkat sumpah di Istana Negara, ramai dalam kalangan mereka menggunakan pelbagai platform media sosial masing-masing untuk menyuarakan kegembiraan dan merakam ucapan tahniah kepada pemimpin utama mereka yang dipilih untuk menerajui kerajaan baharu Malaysia.
Antaranya isteri beliau, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang juga Pengerusi Penasihat PKR, anak sulungnya Nurul Izzah Anwar yang juga Naib Presiden PKR, Pengerusi DAP Lim Guan Eng, Presiden Amanah Mohamad Sabu dan Naib Presidennya Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa, Presiden MUDA Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, Timbalan Presiden PKR Rafizi Ramli, Setiausaha Agung DAP Anthony Loke Siew Fook dan Naib Presiden UPKO Datuk Ewon Benedict.
Lim menjunjung kasih ke atas Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah atas perkenan Seri Paduka Baginda melantik Anwar sebagai Perdana Menteri dan membentuk kerajaan perpaduan yang mewakili seluruh rakyat Malaysia.
"Marilah kita bersatu bersama-sama Anwar untuk mempertahankan Perlembagaan Persekutuan Malaysia dan memastikan kemajuan ekonomi untuk semua. For a better Malaysia," katanya melalui hantaran di laman Facebook.
Rafizi dalam hantarannya di media sosial pula mengajak semua rakyat Malaysia, terutamanya penyokong dan anggota gabungan itu untuk menghormati keputusan dan meredakan keadaan selepas berlaku PRU15.
"Kita semua perlu bergerak ke hadapan dan belajar bekerjasama untuk membina kembali Malaysia, demi masa depan dan kemakmuran setiap rakyat dari semua kumpulan, kaum, negeri dan latar belakang," katanya.
Nurul Izzah pula berkata, cabaran yang menanti bapanya selepas istiadat mengangkat sumpah petang ini, antara lain ialah berusaha menyatupadukan 'teman-teman senegara', dipercayai merujuk kepada pembentukan Kerajaan Persekutuan.
Menurutnya cabaran lain termasuk meneliti masalah ekonomi yang membelenggu negara, menarik pelaburan menerusi rangsangan ekonomi dan bakat tempatan, selain membina ummah serta bangsa berteraskan keadilan sosial dan kenegaraan yang jitu.
"Legasi yang kita tinggalkan untuk anak-anak dan generasi masa depan bukannya harta, pangkat mahupun wang ringgit, tetapi idealisme dan prinsip perjuangan yang tidak boleh dijual beli. Jadikan masa depan, masa kita bersama," katanya dalam hantaran di laman Facebook.
Sementara itu, Pengerusi PH Terengganu, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad berkata, masa depan Malaysia akan lebih cerah dengan kerajaan perpaduan dipimpin Anwar yang mempunyai profil tinggi di pentas antarabangsa sebagai bekas Menteri Kewangan dan akan membawa pelabur asing ke Malaysia.
"Semua rakyat harap akan bersatu di bawah (kepimpinan) Datuk Seri Anwar Ibrahim," katanya kepada Bernama.
Ahli Parlimen Bentong dari DAP, Young Syefura Othman berkata, setelah sekian lama Anwar menghadapi onak dan duri, akhirnya pengorbanan beliau membuahkan hasil.
"Saya tidak sabar untuk bersama-sama beliau (Anwar) di Dewan Rakyat menggubal polisi dan mengadakan reformasi demi rakyat Malaysia tercinta," katanya.
Menyifatkan pelantikan Anwar sebagai permulaan era baharu untuk Malaysia, Ewon berkata, Pengerusi PH itu mempunyai kepimpinan diperlukan negara dalam menguruskan masalah ekonomi dihadapi ketika ini seterusnya melaksanakan agenda reformasi dalam tadbir urus kerajaan. - BERNAMA
Bernama
Thu Nov 24 2022
Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan bergambar kenangan bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim di Istana Negara, hari ini. - Gambar BERNAMA
Kejadian berlaku berhampiran Tol Wangsa Maju
Sebuah kereta mewah hangus dalam kebakaran di Lebuhraya SPE, sebelum Hentian Tol Wangsa Maju, Kuala Lumpur.
UMNO tidak terima atau benarkan ahli parti
UMNO tegaskan tidak menerima atau membenarkan mana-mana ahli parti melakukan tindakan lompat parti, termasuk dalam Kerajaan Perpaduan.
Guna saluran dalaman, jangan sampai berantakan
Pengerusi BN Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan ahli parti supaya tidak menggunakan media sosial untuk meluahkan rasa tidak puas hati.
Langkawi Ferry Line Ventures batalkan kenaikan kadar tambang
Langkawi Ferry Line Ventures Sdn Bhd mengumumkan pembatalan kenaikan kadar tambang feri Langkawi ke Kuala Kedah dan Kuala Perlis bagi warganegara Malaysia yang diumumkan sebelum ini.
Polis buka siasatan dalaman terhadap anggota disyaki tunjuk isyarat lucah
Polis menjalankan siasatan dalaman terhadap seorang anggotanya yang didakwa menunjukkan isyarat lucah kepada seorang wanita dalam satu protes di ibu negara, Jumaat lepas.
Lelaki ditahan kurang empat jam selepas samun farmasi
Polis berkata suspek berusia 20 tahun itu ditahan bersama pisau yang dipercayai digunakan dalam kes berkenaan dan baki wang tunai hasil samun.
BN mahu beri sumbangan dominan pada PRU16 - Ahmad Zahid
Barisan Nasional (BN) mahu menjadi parti yang dapat memberikan sumbangan besar dan dominan pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang, kata Pengerusinya Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
AWANI Borneo [15/12/2024] - Kenalan lelaki mangsa direman | Apa impak langkah SAPP? | 11 projek sakit di Sarawak
AWANI Borneo Ahad, 15 Disember 2024 bersama Nickyson Nyambar
Wanita hilang sepuluh hari ditemui tidak bernyawa dalam kereta
Tindakan SAPP keluar pn, apa reaksi Ronald Kiandee dan Bung Moktar?
Masalah kontraktor antara punca projek sakit di Sarawak
Wanita hilang sepuluh hari ditemui tidak bernyawa dalam kereta
Tindakan SAPP keluar pn, apa reaksi Ronald Kiandee dan Bung Moktar?
Masalah kontraktor antara punca projek sakit di Sarawak
Anwar gesa pemilihan PKR segera dilakukan, junjung prinsip demokrasi
Anwar berkata barisan kepimpinan parti juga harus melibatkan gandingan baharu dan lama.
Tiada lagi penyeri keluarga, pemergian 'Amoi' amat dirasai
Bapa mangsa, Lan Endor, menyifatkan pemergian Nurul Asikin atau lebih dikenali sebagai Amoi sebagai seorang yang sentiasa ceria dan tidak pernah lupa memberitahu ibunya setiap kali ingin ke mana-mana.
Anwar gesa pemilihan PKR segera dilakukan, junjung prinsip demokrasi
Anwar berkata barisan kepimpinan parti juga harus melibatkan gandingan baharu dan lama.
Pindaan perlembagaan PKR: Buka ruang lebih ramai ahli memilih pimpinan tertinggi parti - Fahmi
Pindaan perlembagaan PKR berhubung proses pemilihan parti yang diluluskan hari ini membolehkan lebih ramai ahli daripada pelbagai latar belakang terlibat dalam proses pemilihan kepimpinan tertinggi.
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
PM Thailand adakan lawatan rasmi ke Malaysia esok
Perdana Menteri Thailand, Paetongtarn Shinawatra akan mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia, esok atas jemputan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
PM Anwar hadiri Kongres Khas PKR
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menghadiri Kongres Khas PKR yang diadakan bertujuan untuk meminda perlembagaan parti.
Pelbagai usaha dilaksana Kerajaan Madani jaga kebajikan rakyat
Pelbagai anjakan dan reformasi yang mengutamakan kebajikan rakyat diusahakan dalam pentadbiran Kerajaan Madani di bawah pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, sepanjang tahun ini.
Batu Puteh: 'Saya tak pernah berdendam dengan Tun M, tapi ini soal wilayah' - Anwar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan beliau tidak pernah berdendam dengan Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung isu kedaulatan Batu Puteh.
PM Anwar ucap tahniah kepada skuad FAM eRimau, Ahmad Muhaimin
Dalam aksi final semalam, skuad FAM eRimau mencipta sejarah apabila menjuarai kejohanan itu selepas menewaskan Maghribi 2-0.
NAIO disaran bentuk konsortium perkasa tenaga kerja AI tempatan
Pejabat Kecerdasan Buatan Kebangsaan (NAIO) perlu membentuk satu konsortium antara institut pengajian tinggi (IPT), industri teknologi dan kerajaan dalam memperkasa tenaga kerja tempatan dalam AI.
Kadar subsidi FLYsiswa naik kepada RM400 bermula Januari 2025 - PM Anwar
Kerajaan bersetuju menaikkan RM100 kadar bantuan subsidi pembelian tiket penerbangan menerusi FLYsiswa kepada RM400 seorang bermula 1 Januari 2025.