awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pemimpin politik guna gelaran 'Datuk' palsu disiasat

Sinar Harian
Sinar Harian
09/04/2023
08:00 MYT
Pemimpin politik guna gelaran 'Datuk' palsu disiasat
Asisten Komisioner Mohamad Farouk (foto) berkata, pihaknya telah selesai merakam keterangan individu berkenaan. -Foto Sinar Harian
AMPANG: Polis telah merakam keterangan seorang pemimpin bahagian sebuah parti politik yang didakwa menggunakan gelaran 'Datuk' palsu untuk tujuan perniagaan dan peribadi.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, pihaknya telah selesai merakam keterangan individu berkenaan.
"Semua sudah selesai, kita tunggu arahan daripada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan selanjutnya," katanya kepada Sinar Harian pada Ahad.
Sebelum ini, sebuah portal tempatan mendedahkan seorang pemimpin politik didakwa menggunakan gelaran Darjah Kebesaran Istana Pahang palsu untuk tujuan peribadi dan perniagaannya.
Wakil Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Ampang, Mohammad Afiq Tahar membangkitkan isu tersebut dengan membuat satu laporan polis pada 7 Mac lalu kerana mendapati wujud unsur-unsur penipuan oleh individu terbabit.
Mohammad Afiq berkata, pihaknya menerima surat semakan status Darjah Kebesaran Negeri Pahang daripada Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang kepada Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya, pada 23 Mac lalu.
Surat semakan itu mengesahkan individu berkenaan tidak dikurniakan sebarang pingat Darjah Kebesaran oleh Istana Pahang. -Sinar Harian
Topic Berkaitan
#pemimpin parti politik
#guna gelaran 'Datuk' palsu
#Darjah Kebesaran Istana Pahang palsu
#Mohammad Afiq Tahar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan