[TERKINI] Perang Israel-Iran Bakal Tamat? | Trump Umum Gencatan Senjata Penuh. Klik di sini untuk laporan penuh dan reaksi global.
NATIONAL

Pemimpin UAE zahir ucapan takziah kepada Malaysia atas pemergian Tun Abdullah

Bernama 16/04/2025 | 04:10 MYT
Abdullah meninggal dunia di Institut Jantung Negara, Kuala Lumpur pada 7.10 malam Isnin. - Gambar fail
ABU DHABI: Presiden Emiriah Arab Bersatu (UAE), Sheikh Mohamed bin Zayed Al Nahyan berkenan menzahirkan ucapan takziah kepada Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim atas pemergian bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi.
Naib Presiden merangkap Perdana Menteri dan Pemerintah Dubai, Sheikh Mohammed bin Rashid Al Maktoum, serta Naib Presiden merangkap Timbalan Perdana Menteri dan Pengerusi Mahkamah Presiden, Sheikh Mansour bin Zayed Al Nahyan, turut berkenan menyampaikan ucapan takziah dalam perutusan berasingan kepada Seri Paduka Baginda.
Abdullah, 85, meninggal dunia di Institut Jantung Negara, Kuala Lumpur pada 7.10 malam Isnin.
Allahyarham selamat disemadikan dengan Istiadat Pengebumian Negara di Makam Pahlawan, Masjid Negara kira-kira 2.30 petang, Selasa.
Abdullah menjawat jawatan Perdana Menteri dari 31 Okt 2003 hingga 3 April 2009.
-- BERNAMA
#Abdullah Ahmad Badawi #UAE #Pak Lah meninggal dunia #Sheikh Mohamed bin Zayed Al Nahyan