[TERKINI] Perang Israel-Iran Bakal Tamat? | Trump Umum Gencatan Senjata Penuh. Klik di sini untuk laporan penuh dan reaksi global.
MALAYSIA

Pemimpin UMNO harus dipilih berdasarkan komitmen yang ditunjukkan

Astro Awani 11/10/2013 | 11:51 MYT
Kepimpinan UMNO dan pemimpin-pemimpin daripada sayap parti itu perlu dipilih berdasarkan komitmen mereka dalam mengukuhkan parti dan menarik keyakinan rakyat terhadap parti itu, kata pengurusi perhubungan UMNO negeri Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir.
Tambah beliau, mereka yang berani berjuang secara ikhlas bersama Presiden dan Timbalan Presiden untuk mengukuhkan parti supaya UMNO akan terus mejadi relevan terutamanya dalam menghadapi pilihanraya umum ke-14 nanti, harus diberi tempat dalam pemilihan UMNO kali ini.
Menurut Mukhriz, tidak timul soal waktu berkempen yang amat singkat dan terhad kerana apa yang penting adalah komitmen canlon-calon itu dalam menghadapi situasi mencabar dengan pelbagai pendekatan yang ada untuk menawarkan perkhidmatan secara ikhlas untuk bangsa dan negara.
Mukhriz berkata kepada pemberita selepas majlis memperkenalkan calon-calon UMNO bagi kerusi Majlis Tertinggi (MT) UMNO dan tiga sayap parti di kediaman rasmi Menteri Besar Kedah, di Alor Setar, Kedah hari ini.
Beliau yang juga calon Naib Presiden UMNO berkata, anggota perwakilan bebas menggunakan hak demokrasi untuk memilih pemimpin yang mereka fikir adalah yang terbaik.
Sementara itu, seorang lagi calon Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Ali Rustam berkata, beliau sedia berjuang bukan sekadar untuk mengukuhkan lagi partu tetapi untuk mempertahankan hak orang melayu, agama dan negara.
Bagi calon Ketua Wanita UMNO, Raihan Suleiman Palestin mengharapkan agar tiada kepentingan peribadi bagi mana-mana calon untuk meraih tempat di dalam kelompok kepimpinan UMNO itu nanti.
Tambah beliau, mereka ini harus ketengahkan suara akar umbi, dan komitmen mereka tidak harus berubah sekiranya mereka menang atau kalah.
#Ali Rustam #Kedah #komitment #Mukhriz Mahathir #pemimpin #pilihanraya #UMNO