Naib Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan, Datuk Paduka Khairuddin Abu Hassan hari ini membuat laporan polis terhadap 1Malaysia Development Berhad (1MDB) tentang pentadbiran kewangan syarikat hak milik kerajaan itu.
Beliau berkata siasatan terperinci harus dilakukan bagi mengenal pasti punca masalah kepincangan pentadbiran kewangan yang dihadapi syarikat tersebut.
“Saya memohon pihak polis supaya membuat satu siasatan yang rapi terhadap seluruh kakitangan pentadbiran yang terlibat dalam transaksi syarikat yang meragukan,” kata beliau kepada pemberita selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi pada Jumaat.
Beliau menegaskan urus niaga syarikat tersebut sangat merisaukan kerana ia mencakupi jumlah wang yang cukup besar.
"Ia merisaukan kita kerana urus tadbir dana 1MDB ini mencakupi jumlah kewangan yang cukup besar. Kalau kita tengok, tiga mantan menteri kewangan telah meluahkan rasa risau mereka terhadap urus tadbir wang 1MDB," kata Khairuddin.
Selain itu, beliau juga ingin tahu dari mana 1MDB mendapat kelulusan dana tersebut kerana dakwanya ia melibatkan jumlah wang rakyat yang begitu banyak.
Khairuddin turut mempersoalkan sama ada dana itu mendapat kelulusan dari pihak Kabinet atau tidak, serta pihak mana yang membuat laporan penilaian terhadap aset-aset tersebut.
Walau bagaimanapun, beliau tidak menyalahkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berhubung isu tersebut.
"Bagi saya ianya tiada kaitan dengan Datuk Seri Najib meskipun beliau Perdana Menteri dan juga Menteri Kewangan, dan 1MDB ditubuhkan oleh Najib.
"Ini lumrah manusia. Ada kalanya kerajaan mungkin mempunyai niat baik untuk tubuhkan 1MDB, tetapi dalam masa yang sama kita terlepas pandang banyak perkara. Perdana Menteri mungkin tidak tahu apa yang berlaku dalam 1MDB," jelasnya.
Khairuddin dalam laporannya antara lain turut menggesa pihak polis menyiasat kadar faedah yang lebih tinggi daripada kadar biasa yang sering dibayar 1MDB ke atas peminjam; menyiasat sebab 1MDB membayar yuran yang begitu tinggi kepada syarikat Goldman Sachs; menyiasat terperinci hutang 1MDB sehingga mencecah RM41.9 bilion; serta menyiasat simpanan dana 1MDB di Cayman Islands dan beberapa lagi transaksi termasuk pembelian tanah di beberapa tempat.
Katanya, sehingga kini kesemua bahan bukti yang telah diketengahkan oleh media masih belum dinafikan oleh pihak 1MDB.
Selain itu, beliau turut akan membuat laporan terhadap 1MDB di Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Putrajaya pada minggu hadapan.
Isu 1MDB menjadi hangat setelah syarikat yang milik penuh kerajaan itu dikatakan mengalami kerugian hampir RM38 bilion.
Haider Yutim, Omar Asim
Fri Dec 12 2014

KHAIRUDDIN: Akan turut membuat laporan terhadap 1MDB di SPRM minggu hadapan. - Astro AWANI/Shahir Omar

Malaysia tegaskan komitmen terhadap keadilan, keamanan mampan buat Palestin
Malaysia terus menegaskan peranannya sebagai suara berprinsip di peringkat antarabangsa dan komitmennya terhadap keadilan buat Palestin.

MAVCOM laporkan 99 peratus aduan pada separuh kedua 2024 telah diselesaikan
Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) melaporkan sebanyak 99 peratus daripada semua aduan yang diterima pada separuh kedua 2024 (2H 2024) telah berjaya diselesaikan.

Piala Sudirman 2025: Jun Hao, Pearly ketuai cabaran negara di Xiaman
BAM mempertaruhkan Jun Hao dan Pearly Tan bagi mengetuai cabaran skuad negara di Piala Sudirman 2025 berlangsung pada 27 April hingga 4 Mei, di Xiamen, China.

Cadangan pemakaian lencana Jalur Gemilang diperluas ke Tabika Perpaduan - Aaron
Kementerian Perpaduan Negara mencadangkan agar pemakaian lencana Jalur Gemilang pada pakaian seragam sekolah diperluas ke Tabika Perpaduan.

KUSKOP dalam proses gubal akta baharu perkasa koperasi tempatan - Ewon
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) Datuk Ewon Benedick berkata kemeteriannya kini dalam proses menggubal akta koperasi baharu bagi menggantikan Akta Koperasi 1993 (Akta 502).

Parlimen Belia: Sesi libat urus bersama universiti akan diadakan
Parlimen Malaysia akan mengadakan sesi libat urus bersama universiti awam dan swasta di seluruh negara bagi membincangkan pelaksanaan format baharu Parlimen Belia.

Harga minyak sawit dijangka kekal pada RM3,900 setan selepas peroleh semula daya saing
Harga minyak sawit dijangka kekal pada RM3,900 setan dalam beberapa minggu akan datang, disokong oleh pemulihan harga minyak kacang soya yang meningkatkan daya saing harga minyak sawit.

Keadaan kemanusiaan paling teruk di Gaza ketika sekatan bantuan melebihi 50 hari - PBB
Pejabat Kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Selasa memberi amaran bahawa krisis kemanusiaan di Semenanjung Gaza kini berada pada tahap paling kritikal sejak perang bermula.

Sarawak pinda undang-undang biodiversiti untuk SBC komersialkan penyelidikan
Kerajaan Negeri Sarawak merancang untuk meminda undang-undang berkaitan biodiversiti negeri itu bagi membolehkan Pusat Biodiversiti Sarawak (SBC) mengkomersialkan penyelidikannya.
Harvard saman pentadbiran Trump
Universiti terkemuka dunia di Amerika Syarikat (AS), Harvard memfailkan saman ke atas pentadbiran Presiden AS, Donald Trump kerana membantah ugutan Trump mahu memotong dana berjumlah berbilion dolar diperuntukkan untuk pusat penyelidikan institusi terkemuka tersebut.

1MDB: Pasukan pembelaan Najib akan temu bual Roger Ng
Mahkamah Tinggi dimaklumkan bahawa bekas pegawai bank Goldman Sachs Roger Ng Chong Hwa akan ditemu bual oleh pasukan pembelaan Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung perbicaraan kes 1MDB.

1MDB: Tun M, Muhyiddin, Daim tidak campur tangan keputusan dakwa Najib - Bekas KPN
Mahkamah Tinggi diberitahu bahawa tiada campur tangan daripada Dr Mahathir, Muhyiddin dan Daim dalam keputusan untuk mendakwa Najib.

1MDB tarik balik saman terhadap wanita Singapura dalam kes barangan mewah Rosmah
Rosmah Mansor kekal sebagai defendan pertama dalam saman tersebut, dengan tuntutan agar beliau membayar USD346,010,489 atau jumlah yang akan ditaksir oleh mahkamah.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 8 April 2025.

Najib ada kuasa tolak keputusan kewangan 1MDB - Saksi
Mahkamah Tinggi hari ini diberitahu bahawa Datuk Seri Najib Tun Razak mempunyai kuasa untuk menolak sebarang keputusan kewangan yang dibuat oleh Lembaga Pengarah 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Bekas Pengerusi 1MDB tidak puas hati dana US$700 juta dipindah keluar
Mahkamah Tinggi diberitahu bahawa bekas Pengerusi 1MDB Tan Sri Mohd Bakke Salleh tidak berpuas hati dengan pengalihan wang berjumlah US$700 juta.

1MDB: SPRM peroleh pemulihan aset lebih RM29 bilion
Jumlah pemulihan aset 1MDB keseluruhan yang direkodkan setakat ini ialah RM29,752,034,475.13, iaitu 70 peratus daripada kira-kira RM42 bilion yang dipercayai diselewengkan.

USD700 juta dipindah kepada syarikat Jho Low tanpa kelulusan Lembaga Pengarah - Saksi
Bekas pegawai penyiasat kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) R. Rajagopal berkata tiada kelulusan Lembaga Pengarah diperoleh bagi memindahkan USD700 juta dana syarikat itu kepada Good Star Limited.

31 Julai pendengaran injunksi 1MDB untuk bekukan aset Rosmah lebih AS$346 juta
Mahkamah tetapkan 31 Julai untuk mendengar permohonan injunksi difailkan 1MDB terhadap Rosmah bagi menghalang beliau daripada mengeluarkan atau melupuskan mana-mana asetnya bernilai lebih RM1.6 bilion

Mahkamah benar perintah larangan akses terhadap barangan kemas berkaitan 1MDB
Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan kerajaan untuk mengeluarkan perintah larangan terhadap Pengarah PSI Tarek Obaid daripada mengakses 41 barang kemas dikaitkan dengan 1MDB.