Seorang pemimpin utama China mengunjungi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan di sini hari ini, menandakan betapa kukuhnya hubungan Malaysia-China yang sedia terjalin.

Najib menerima kunjungan hormat daripada anggota Biro Politik Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (CPC) Hu Chunhua dan anggota delegasi di pejabat beliau di Bangunan Perdana Putra di sini.

Hu, yang juga Gabenor wilayah Guangdong tiba pukul 5.50 petang dan beliau dan Najib mengadakan pertemuan selama kira-kira 45 minit.

Turut hadir ialah pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, Duta Khas Malaysia ke China Tan Sri Ong Ka Ting dan Duta China di Malaysia Dr Huang Huikang.

Kemudian, Ong berkata Hu mengulangi bahawa hubungan China-Malaysia terus kukuh walaupun di sebalik insiden kehilangan Penerbangan MH370 Malaysia Airlines bersama 239 penumpang dan kru (termasuk lebih 150 penumpang warga China) pada 8 Mac.

"Hubungan yang kukuh itu tidak akan terjejas disebabkan satu insiden itu.

"Asas (perhubungan) antara Malaysia dan China tetap kukuh dan kedua-dua negara akan berusaha keras untuk menangani apa jua cabaran," kata beliau kepada pemberita.

Ong berkata Hu juga menyambut baik lawatan Najib ke China pada akhir bulan depan sempena ulang tahun ke-40 pemupukan hubungan diplomatik antara kedua-dua negara.

Turut dibincangkan dalam pertemuan itu adalah langkah mempertingkatkan perdagangan dua hala dan usaha berterusan Malaysia untuk menjejaki pesawat MH370.

"China tetap menjamin akan membantu sedaya upaya dalam operasi mencari. Bantuan tidak terputus. Persefahaman ini adalah untuk memelihara hubungan baik Malaysia-China," katanya.

Hu, yang kini dalam lawatan tiga hari ke Malaysia bermula semalam, antara lain, menghadiri Persidangan Kerjasama Ekonomi dan Perdagangan China-Malaysia di Kuala Lumpur hari ini.

Beliau dijangka menghadiri upacara menanam pokok di Taman Persahabatan Malaysia-China di Presint 4, di sini pada Ahad.

Hu atau lebih dikenali sebagai 'little Hu', juga ialah setiausaha parti Komunis China wilayah Guangdong, sebuah daripada pusat utama ekonomi di China.

Hu dilantik sebagai anggota Politbiro ke-18 Parti Komunis China pada November 2012. Beliau adalah seorang daripada anggota paling muda politbiro yang dididik dan dapat mendapat kepercayaan untuk menjadi bakal pemimpin China pada