awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Saintis berjaya ekstrak DNA Leonardo da Vinci daripada karya seni
Titi gantung Lata Rek: ICU JPM akan bincang dengan agensi teknikal esok
Kerajaan pantau risiko geopolitik global terhadap harga minyak - KSU Perbendaharaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pemimpin zahir takziah di laman sosial pemergian Tun Rahah

Astro Awani
Astro Awani
18/12/2020
11:07 MYT
Pemimpin zahir takziah di laman sosial pemergian Tun Rahah
Allahyarham Tun Rahah dijangka akan dikebumikan Sabtu selepas Zohor di Makam Pahlawan, Masjid Negara. Urusan solat jenazah akan dijalankan di Masjid Ar-Rahah, Kerinchi, Bangsar. - Foto Astro AWANI
KUALA LUMPUR:Laman sosial Twitter dan Facebook dibanjiri ucapan takziah daripada pemimpin-pemimpin negara serta politik susulan pemergian balu kepada Perdana Menteri kedua, Tun Abdul Razak Hussein, Tun Hajah Rahah Tan Sri Mohamed Noah yang dilaporkan meninggal dunia sekitar jam 4.30 petang, Jumaat.
Allahyarham Tun Rahah, 87, menghembuskan nafas terakhir di Pusat Perubatan Prince Court di ibu negara.
BACA: Khabar pemergian Tun Rahah, yang berusia 87 tahun
Perkara itu disahkan oleh putera sulung Allahyarhamah, Datuk Seri Najib Tun Razak menerusi akaun Twitter rasminya pada petang Jumaat.
Presiden Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi Facebook berkata beliau turut bersedih dan mendoakan agar roh Allahyarham dicucuri rahmat.
BACA: Kekuatan di sebalik kelembutan wanita bernama Tun Rahah
Menteri Menteri Kanan (Perdagangan Antarabangsa dan Industri), Datuk Seri Mohamed Azmin Ali antara yang terawal menzahir ucapan takziah di laman Twitter berkata, beliau berdukacita atas pemergian Allahyarham.
Berdukacita di atas pemergian Tun Rahah Mohamed Noah, balu Almarhum Tun Razak & bonda Dato Sri @NajibRazak yang telah kembali ke pangkuan Ilahi sebentar tadi. pic.twitter.com/D6vtW6lGm1
— Mohamed Azmin Ali (@AzminAli) December 18, 2020
Sementara itu dalam ucapan berasingan di Twitter, Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi antara pemimpin terawal menzahirkan rasa sedih dan terkejut dengan berita pemergian Allahyarham.
Saya dan keluarga besar UMNO ingin merakamkan jutaan takziah kepada YB Dato Seri Najib Tun Ab Razak atas pemergian Bonda yang dikasihi Allahyarhamah Tun Rahah Tan Sri Mohamed Noah sebentar tadi. pic.twitter.com/bEUllQ8Hlf
— Ahmad Zahid Hamidi (@DrZahidHamidi) December 18, 2020
Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari turut menzahir ucapan takziah kepada keluarga Najib Razak atas pemergian bonda tercinta.
Takziah diucapkan kepada Dato Seri @NajibRazak sekeluarga di atas pemergian ibunda Allahyarhamah Tun Hajah Rahah Tan Sri Haji Mohamed Noah. Semoga roh Allahyarhamah dicucuri rahmat dan ditempatkan di syurga penuh nikmat. Al Fatihah. pic.twitter.com/In2TAlpa5N
— Amirudin Shari (@AmirudinShari) December 18, 2020
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Alexander Nanta Linggi di Twitter berkata, beliau turut berduka atas pemergian Allahyarhamah dan mengharapkan agar Najib sekeluarga tabah dalam menghadapi saat getir ini.
Deeply saddened by the passing of Tun Rahah Mohamad Noah, the widow of second prime minister Tun Abdul Razak Hussein and mother of sixth premier Datuk Seri Najib Razak. My thoughts and prayers are with the family during this difficult time. pic.twitter.com/SSbEiOrJvj
— Alexander Nanta Linggi (@AlexNantaLinggi) December 18, 2020
Belasungkawa atas keberangkatan Allahyarhamah Tun Rahah, Bonda kepada Datuk Seri Najib Razak, ke negeri abadi sebentar tadi. Saya mendoakan semoga rohnya dirahmati dan dikurniakan maghfirah dari Ilahi. Salam takziah kepada Datuk Seri Najib dan keluarga. pic.twitter.com/qxmB833kDS
— Maszlee Malik (@maszlee) December 18, 2020
Mendapat perkhabaran pemergian ke rahmatullah bonda kepada YB Dato Sri Najib Razak, Tun Hajah Rahah Binti Tan Sri Hj Mohamed Noah sebentar tadi. Salam takziah daripada saya buat DS Najib Razak dan keluarga. Semoga diberi kekuatan dalam menempuhi waktu yang sukar ini. pic.twitter.com/LkOLhoVB2e
— Reezal Merican (@reezal_merican) December 18, 2020
Salam Takziah buat Datuk Seri @NajibRazak dan keluarga atas pemergian bonda tersayang Tun Hajjah Rahah Mohamed Noah. pic.twitter.com/1faVv74aIC
— Musa Aman (@MusaHjAman) December 18, 2020
Inna Lillahi wa inna ilayhi raji'un Salam takziah kepada Dato' Sri @NajibRazak dan keluarga di atas pemergian ibunda, Tun Hajah Rahah, isteri kepada Perdana Menteri kedua, Tun Abdul Razak, sebentar tadi. pic.twitter.com/1TsZUQdrhM
— Khairy Jamaluddin (@Khairykj) December 18, 2020
Admin | Menerima berita pemergian Tun Hajah Rahah binti Tan Sri Haji Mohamed Noah bonda kpd @NajibRazak yang baru sahaja kembali ke rahmatullah. Sama-sama kita berdoa semoga rohnya dicucuri rahmat & maghfirah oleh Allah SWT dan mendapat husnul khotimah. Al Fatihah. pic.twitter.com/hsDVEuYlMb
— Zuraida Kamaruddin (@zuraida_my) December 18, 2020
Allahyarham dijangka akan dikebumikan Sabtu selepas Zohor di Makam Pahlawan, Masjid Negara. Urusan solat jenazah akan dijalankan di Masjid Ar-Rahah, Kerinchi, Bangsar.

Astro AWANI sedang mengikuti perkembangan terkini pemergian Allahyarham Tun Rahah di saluran 501, Live TV di platform digital dan semua platform media sosial Astro AWANI.
Topic Berkaitan
#Tun Rahah
#meninggal dunia
#Najib Razak
#Pemimpin Malaysia
#menteri Kabinet
#media sosial
#ucaoan takziah
#Nazir Razak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan