MALAYSIA

Pemimpin zahir takziah di laman sosial pemergian Tun Rahah

Astro Awani 18/12/2020 | 11:07 MYT
Allahyarham Tun Rahah dijangka akan dikebumikan Sabtu selepas Zohor di Makam Pahlawan, Masjid Negara. Urusan solat jenazah akan dijalankan di Masjid Ar-Rahah, Kerinchi, Bangsar. - Foto Astro AWANI
KUALA LUMPUR:Laman sosial Twitter dan Facebook dibanjiri ucapan takziah daripada pemimpin-pemimpin negara serta politik susulan pemergian balu kepada Perdana Menteri kedua, Tun Abdul Razak Hussein, Tun Hajah Rahah Tan Sri Mohamed Noah yang dilaporkan meninggal dunia sekitar jam 4.30 petang, Jumaat.
Allahyarham Tun Rahah, 87, menghembuskan nafas terakhir di Pusat Perubatan Prince Court di ibu negara.
BACA: Khabar pemergian Tun Rahah, yang berusia 87 tahun
Perkara itu disahkan oleh putera sulung Allahyarhamah, Datuk Seri Najib Tun Razak menerusi akaun Twitter rasminya pada petang Jumaat.
Presiden Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi Facebook berkata beliau turut bersedih dan mendoakan agar roh Allahyarham dicucuri rahmat.
BACA: Kekuatan di sebalik kelembutan wanita bernama Tun Rahah
Menteri Menteri Kanan (Perdagangan Antarabangsa dan Industri), Datuk Seri Mohamed Azmin Ali antara yang terawal menzahir ucapan takziah di laman Twitter berkata, beliau berdukacita atas pemergian Allahyarham.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Sementara itu dalam ucapan berasingan di Twitter, Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi antara pemimpin terawal menzahirkan rasa sedih dan terkejut dengan berita pemergian Allahyarham.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari turut menzahir ucapan takziah kepada keluarga Najib Razak atas pemergian bonda tercinta.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Alexander Nanta Linggi di Twitter berkata, beliau turut berduka atas pemergian Allahyarhamah dan mengharapkan agar Najib sekeluarga tabah dalam menghadapi saat getir ini.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Allahyarham dijangka akan dikebumikan Sabtu selepas Zohor di Makam Pahlawan, Masjid Negara. Urusan solat jenazah akan dijalankan di Masjid Ar-Rahah, Kerinchi, Bangsar.

Astro AWANI sedang mengikuti perkembangan terkini pemergian Allahyarham Tun Rahah di saluran 501, Live TV di platform digital dan semua platform media sosial Astro AWANI.
#Tun Rahah #meninggal dunia #Najib Razak #Pemimpin Malaysia #menteri Kabinet #media sosial #ucaoan takziah #Nazir Razak