[TERKINI] Gelombang Serangan Baharu Iran-Israel | Trump Timbang Tindakan Ketenteraan AS. Klik untuk laporan penuh.
KINI-TRENDING

Peminat Red Devils tidak mahu Smalling beraksi untuk United lagi

Ian Johan Ariff 03/11/2014 | 10:26 MYT
Manchester United
Peminat Manchester United tidak mahu Chris Smalling bermain untuk kelab itu lagi.
Itu yang dapat disimpulkan menerusi sebuah undian yang diadakan Manchester Evening News.
Tindakannya di atas padang sehingga dibuang padang selepas dilayangkan kad merah pada babak pertama mengundang kemarahan penyokong United.
Akibatnya, United terpaksa beraksi dengan sepuluh pemain dan kalah 1-0 dalam pertarungan dengan musuh setempat Manchester City.
Dalam undian yang diadakan, apakah hukuman yang harus dikenakan terhadap Smalling akibat tindakan yang kurang bijak di atas padang?
Tinjauan kami pada 4 petang Isnin, 46% mahu Smalling digugurkan dari kelab itu.
Peminat kecewa dengan Smalling
Ada yang berasa Smalling tidak mempunyai kualiti untuk bermain dengan United.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Sementara Alanda berasa pemain seperti Smalling dan Jonny Evans akan merosakkan perancangan pengurus United, Louis van Gaal.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Selain itu, Di Maria Run menyatakan Smalling perlu menjaringkan hat-trick dan handal seperti bekas pertahanan, Nemanja Vidic untuk menebus kesilapannya itu.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Chris Smalling #Manchester United