awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bintang filem Korea Selatan, Ahn Sung-ki meninggal dunia pada usia 74 tahun
Bosan akibat kesesakan antara punca lorong kecemasan disalah guna
MINDEF arah ATM siasat dakwaan budaya tidak bermoral dalam kem tentera
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pemindahan hati bayi empat bulan, bukti Malaysia miliki kepakaran bertaraf dunia

Bernama
Bernama
03/01/2026
23:00 MYT
Pemindahan hati bayi empat bulan, bukti Malaysia miliki kepakaran bertaraf dunia
Kejayaan Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) melakukan pembedahan pemindahan hati terhadap seorang bayi lelaki berusia empat bulan pada November lepas membuktikan Malaysia memiliki kepakaran bertaraf dunia.
KUALA LUMPUR: Kejayaan Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) melakukan pembedahan pemindahan hati terhadap seorang bayi lelaki berusia empat bulan pada November lepas membuktikan Malaysia memiliki kepakaran bertaraf dunia.

Ringkasan AI
  • PPUM berjaya lakukan pembedahan pemindahan hati bayi lelaki berusia empat bulan, membuktikan kepakaran perubatan Malaysia bertaraf dunia.
  • Bayi mengalami kegagalan hati dan hampir kehilangan nyawa sebelum pembedahan dilakukan, menunjukkan kecekapan pasukan perubatan PPUM.
  • Menteri Kesihatan tekad memacu Agenda Transplantasi Nasional 2026 untuk meningkatkan perkhidmatan pemindahan organ di Malaysia dan kesedaran masyarakat mengenai pentingnya pendermaan organ.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, bayi yang hanya seberat 6.2 kilogram (kg) itu mengalami kegagalan hati dan memerlukan pemindahan hati dengan segera daripada ibunya pada 25 Nov lepas.
Bagaimanapun, beberapa minit sebelum prosedur bermula, jantung bayi itu terhenti secara tiba-tiba sehingga mencetuskan suasana cemas di Unit Rawatan Rapi Pediatrik PPUM.
"Pasukan perubatan bertungkus-lumus melakukan resusitasi. Satu jam yang penuh debaran. Nyawa anak kecil ini benar-benar di hujung tanduk.
"Di sinilah kehebatan sebenar pasukan perubatan kita teruji. Bukan sahaja mereka berjaya menstabilkan kembali bayi tersebut, malah dengan penilaian klinikal yang tajam dan berani, mereka membuat keputusan berat iaitu untuk meneruskan pembedahan tersebut," katanya menerusi hantaran di Facebook.
Dzulkefly berkata, meskipun prosedur berkenaan berisiko tinggi serta rumit memandangkan pembuluh darah bayi itu sangat halus, namun dengan kepakaran pakar bedah, pakar bius dan jururawat di PPUM, prosedur pembedahan pemindahan hati itu berjaya dilaksanakan.
"Kita ada bakat untuk mencipta keajaiban. Apa yang kita perlukan sekarang ialah sistem sokongan dan kesedaran rakyat untuk tampil berikrar sebagai penderma," katanya.
Dzulkelfy berkata, beliau tekad untuk memacu Agenda Transplantasi Nasional 2026 yang bertujuan menstruktur semula dan memperkasakan perkhidmatan pemindahan organ di Malaysia termasuk meningkatkan kesedaran rakyat untuk tampil sebagai penderma organ.
Beliau turut mendoakan agar bayi lelaki itu segera sembuh serta membesar dengan sihat dan kuat.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#PPUM
#pemindahan hati
#Dzulkefly Ahmad
#bayi empat bulan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan