MALAYSIA
Peminjam PTPTN bermasalah disaran buat penjadualan semula bayaran
Zambry berkata, kerajaan ambil pendekatan ihsan dan tidak menganiaya pihak yang benar-benar tidak mampu membuat bayaran balik disebabkan kesukaran kewangan. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Individu yang mempunyai masalah untuk membuat pembayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), diminta untuk memaklumkan kepada PTPTN supaya dapat disusun semula jadual bayaran.
Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Zambry Abd Kadir berkata kerajaan mengambil pendekatan ihsan dan tidak menganiaya pihak yang benar-benar tidak mampu membuat bayaran balik disebabkan kesukaran kewangan, seperti graduan yang baru menamatkan pelajaran.
"Kita faham daripada segi kedudukan ekonomi mereka. Sekiranya mereka mempunyai masalah, kita telahpun sebutkan berkali-kali supaya mereka datang maklumkan kepada PTPTN bahawa dia mempunyai pendapatan sekian banyak.
"Jadi saya sudah maklumkan kepada pihak PTPTN, kena ada juga sifat kemanusiaan untuk memastikan supaya mereka yang benar-benar tidak mampu membayar itu dapat disusun balik," katanya ketika ditemui pemberita selepas Majlis Anugerah Akademik Negara ke-16 di sini hari ini.
Beliau berkata langkah itu bagi membantu peminjam dari segi kaedah pembayaran, jumlah yang mampu dibayar bagi memastikan mereka membuat pembayaran secara konsisten.
"Ini usaha-usaha kita hendak memastikan supaya mereka yang sebelum ini telah pun saya umumkan ada ratusan ribu daripada mereka yang tidak mahu membayar.
"Antara masalahnya ialah ada beberapa kategori yang kita boleh lihat, iaitu mereka yang langsung tidak mahu bayar dari mula sampai sekarang," katanya.
Bagaimanapun, Zambry memaklumkan terdapat peningkatan dalam bayaran balik pinjaman PTPTN, susulan pengumuman sekatan perjalanan ke luar negara bagi peminjam yang culas melunaskan hutang dalam Belanjawan 2026.
Beliau berkata peningkatan itu sekali gus memberi kesan positif terhadap hasil kutipan PTPTN.
-- BERNAMA