Pemisah laluan basikal terbukti berkesan di luar negara - Datuk Bandar KL

Azyyati Ahmad
Januari 23, 2018 11:24 MYT
Datuk Bandar Kuala Lumpur, Tan Sri Mhd. Amin Nordin Abdul Aziz, kemudahan itu (gambar) juga bertujuan bagi mengawal motosikal atau kereta untuk masuk ke laluan basikal, sekaligus melindungi pengguna basikal.
Kemudahan pemisah laluan basikal atau "rubber separator" dipasang kerana ia didapati berkesan di negara-negara maju seperti Amerika Syarikat, Denmark dan Belanda yang mana ia mengurangkan kadar kemalangan.
Menurut Datuk Bandar Kuala Lumpur, Tan Sri Mhd. Amin Nordin Abdul Aziz, kemudahan itu juga bertujuan bagi mengawal motosikal atau kereta untuk masuk ke laluan basikal, sekaligus melindungi pengguna basikal.
“Bahan pemisah bertujuan mengawal kereta atau motorsikal masuk laluan basikal. Di luar negara ia sangat berkesan dan jarang berlaku kemalangan kecuali penunggang lalai,
“Jika pengguna jalan raya tidak berhati-hati, apa jua kemudahan pasti ada risiko yang menanti,” katanya ketika dihubungi Astro AWANI.
Tambahnya, masyarakat perlu menukar mentaliti mengenai kemudahan yang diberikan dan perlu lebih berdisiplin ketika di jalan raya.
#Amin Nordin Abdul Aziz #basikal #Datuk Bandar Kuala Lumpur #kereta #keselamatan #Kuala Lumpur #pemisah laluan basikal