awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] MB Perlis umum letak jawatan secara sukarela
Perspektif, cadangan rakyat untuk perkasa bantuan SARA 2026
Tun Mahathir gesa kerajaan perhebat bantuan untuk mangsa banjir Aceh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pemotong ayam dan isteri jadikan rumah kampung makmal dadah dicekup

Dewi Nur Harasha Alias
Dewi Nur Harasha Alias
14/10/2022
08:51 MYT
Pemotong ayam dan isteri jadikan rumah kampung makmal dadah dicekup
Soffian menunjukkan antara barang rampasan pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Barat Daya hari ini. - Foto BERNAMA
BALIK PULAU: Tindakan sepasang suami isteri menjadikan sebuah rumah kampung di Kampung Bukit, Bayan Lepas sebagai makmal haram memproses dadah terbongkar apabila mereka ditahan dalam satu serbuan Selasa lalu.
Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong berkata, dalam serbuan kira-kira jam 10.30 malam itu, polis merampas dadah jenis heroin seberat 4.53 kilogram (kg), pil yaba seberat 309.54 gram dan serbuk kafien 14.88kg bernilai RM81,330.
Menurut Soffian, pembongkaran makmal haram itu dilakukan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Timur Laut susulan tangkapan pasangan terbabit di tepi jalan di kawasan Bukit Gelugor pada hari yang sama sebelum itu.
"Dalam serbuan itu, polis turut merampas bahan kimia serta pelbagai peralatan yang digunakan untuk memproses dadah" katanya dalam sidang media diIbu Pejabat Polis Daerah Barat Daya, di sini pada Jumaat.
Selain itu, polis turut menyita sebuah kenderaan yang digunakan pasangan terbabit bernilai RM27,000 dengan nilai rampasan keseluruhan berjumlah RM108,330.
"Siasatan mendapati lelaki berusia 43 tahun yang bekerja sebagai pemotong ayam di Pasar Balik Pulau dan isterinya yang merupakan warga Thailand berusia 30 tahun itu aktif memproses dadah dan menyewa rumah terbabit sejak Januari tahun ini," katanya.
Ujian saringan air kencing yang dilakukan terhadap suspek lelaki didapati positif dadah selain turut mempunyai rekod jenayah sebelum ini.
Soffian berkata, kedua-dua suspek kini direman selama enam hari untuk tindakan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman mati dan penjara seumur hidup jika disabitkan kesalahan.
Topic Berkaitan
#makmal dadah
#suami isteri ditahan
#Bayan Lepas
#rumah kampung
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan