MALAYSIA
Pempengaruh berpakaian wanita ditahan JAIM ketika buat 'live' TikTok
Pempengaruh media sosial yang berpakaian dan berlagak seperti wanita ditahan AIM di Banda Hilir di sini, pada awal pagi Isnin. - Foto Sinar Harian
MELAKA: Seorang pempengaruh media sosial lelaki yang berpakaian dan berlagak seperti perempuan ditahan oleh Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) ketika membuat siaran langsung menerusi aplikasi TikTok di Banda Hilir, di sini, awal pagi Isnin.
Ringkasan AI
Pengarah JAIM, Datuk Md Azhan Samat berkata, lelaki berusia 25 tahun dan masih bujang itu ditahan oleh sepasukan pegawai dan anggota daripada Bahagian Penguatkuasaan JAIM kira-kira jam 1.30 pagi selepas menerima aduan orang awam.
Menurutnya, ketika ditahan, lelaki tersebut mengenakan pakaian perempuan iaitu blaus berwarna ungu, memakai rambut palsu bersanggul, kasut wanita dan anting-anting.
"Ketika pemeriksaan dijalankan, individu itu didapati memakai kesemua barangan tersebut.
“Kesemua barangan itu telah disita oleh penguat kuasa agama untuk dijadikan barang kes," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Isnin.
Ujarnya, individu terbabit telah dibawa ke pejabat JAIM untuk proses dokumentasi dan siasatan lanjut.
Jelasnya, serbuan ke atas individu itu dilakukan selepas pihaknya menerima aduan awam yang tidak menyenangi tindakan lelaki berkenaan yang didakwa mempromosikan dan menormalisasikan budaya kumpulan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) di negara ini.
Katanya, umat Islam dinasihatkan agar tidak mengamalkan gaya hidup LGBT kerana ia diharamkan dalam Islam dan menyentuh sensitiviti rakyat Malaysia.
“Perbuatan itu juga menyalahi undang-undang yang tidak menyokong sebarang bentuk amalan LGBT di Malaysia dan kes ini disiasat mengikut Seksyen 72: Lelaki berlagak seperti perempuan, Enakmen Kesalahan Syariah (Negeri Melaka) 1991," ujarnya lagi.
Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM1,000 atau dipenjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya sekali. -- Sinar Harian
Ringkasan AI
- Seorang lelaki berusia 25 tahun ditahan oleh JAIM di Banda Hilir ketika membuat siaran langsung di TikTok berpakaian seperti wanita, susulan aduan awam mengenai kandungan yang didakwa menormalisasikan budaya LGBT.
- Kes disiasat mengikut Seksyen 72 Enakmen Kesalahan Syariah (Negeri Melaka) 1991 yang melarang lelaki berlagak seperti perempuan; jika sabit kesalahan, tertuduh boleh didenda hingga RM1,000 atau dipenjara maksimum enam bulan.
- AIM menegaskan bahawa umat Islam perlu menjauhi gaya hidup LGBT kerana ia bertentangan dengan ajaran Islam dan menyentuh sensitiviti masyarakat Malaysia, serta menyeru semua pihak agar menghormati nilai agama dan budaya.
Pengarah JAIM, Datuk Md Azhan Samat berkata, lelaki berusia 25 tahun dan masih bujang itu ditahan oleh sepasukan pegawai dan anggota daripada Bahagian Penguatkuasaan JAIM kira-kira jam 1.30 pagi selepas menerima aduan orang awam.
Menurutnya, ketika ditahan, lelaki tersebut mengenakan pakaian perempuan iaitu blaus berwarna ungu, memakai rambut palsu bersanggul, kasut wanita dan anting-anting.
"Ketika pemeriksaan dijalankan, individu itu didapati memakai kesemua barangan tersebut.
“Kesemua barangan itu telah disita oleh penguat kuasa agama untuk dijadikan barang kes," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Isnin.
Ujarnya, individu terbabit telah dibawa ke pejabat JAIM untuk proses dokumentasi dan siasatan lanjut.
Jelasnya, serbuan ke atas individu itu dilakukan selepas pihaknya menerima aduan awam yang tidak menyenangi tindakan lelaki berkenaan yang didakwa mempromosikan dan menormalisasikan budaya kumpulan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) di negara ini.
Katanya, umat Islam dinasihatkan agar tidak mengamalkan gaya hidup LGBT kerana ia diharamkan dalam Islam dan menyentuh sensitiviti rakyat Malaysia.
“Perbuatan itu juga menyalahi undang-undang yang tidak menyokong sebarang bentuk amalan LGBT di Malaysia dan kes ini disiasat mengikut Seksyen 72: Lelaki berlagak seperti perempuan, Enakmen Kesalahan Syariah (Negeri Melaka) 1991," ujarnya lagi.
Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM1,000 atau dipenjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya sekali. -- Sinar Harian

#pempengaruh media sosial lelaki
#berpakaian wanita ditahan JAIM
#siaran langsung menerusi aplikasi TikTok
#Banda Hilir