awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sony dianugerah paten alat kawalan permainan dengan permukaan sentuhan penuh
Kes saman KDA FC selesai: SUA MB Kedah mohon maaf kepada Mohd Daud
Lima strategi berfokus perkasa Wilayah Persekutuan - Hannah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pempengaruh didakwa hantar gambar berbaur lucah kepada remaja 14 tahun

Sinar Harian
Sinar Harian
23/05/2025
07:50 MYT
Pempengaruh didakwa hantar gambar berbaur lucah kepada remaja 14 tahun
Caprice menerusi hantaran mendedahkan ibu kanak-kanak perempuan itu mendakwa anaknya menerima mesej berbaur lucah dari pempengaruh berkenaan dalam satu 'chatting' di media sosial.
SHAH ALAM: Seorang pempengaruh media sosial terkenal didakwa menghantar gambar berunsur lucah kepada seorang remaja perempuan berusia 14 tahun.

Ringkasan AI
  • Seorang pempengaruh media sosial terkenal didakwa menghantar gambar lucah kepada remaja perempuan berusia 14 tahun, seperti didedahkan oleh Caprice di Instagram selepas dihubungi ibu mangsa.
  • Pempengaruh itu mengaku kesilapan menghantar gambar tidak senonoh dan memohon maaf, mendakwa gambar tersebut tidak sempat disunting sebelum dihantar.
  • Netizen mengecam tindakan tersebut dan mendesak agar tindakan tegas diambil, sementara pihak polis masih dalam proses mendapatkan pengesahan.

Pendedahan itu dibuat oleh penyanyi dan pempengaruh, Caprice menerusi akaun Instagram miliknya selepas dihubungi ibu remaja itu.
Caprice menerusi hantaran mendedahkan ibu remaja itu mendakwa anaknya menerima mesej berbaur lucah daripada pempengaruh berkenaan dalam satu 'chatting' di media sosial.
Wanita itu turut berkongsikan pempengaruh itu menunjukkan parut kesan pembedahan yang mana mesej itu turut tertera gambar tidak senonoh.
Difahamkan susulan itu, pempengaruh terbabit menyatakan mahu berjumpa untuk menyelesaikan hal berkenaan dan memohon maaf menerusi satu lagi mesej yang dihantar.
Pempengaruh itu mendakwa tidak sempat menyunting gambar yang dihantar selain mengakui kesalahannya menghantar gambar berkenaan.
Sementara itu, tinjauan di ruangan komen Instagram Caprice mendapati rata-rata orang ramai tidak menyangka perbuatan yang didakwa dilakukan pempengaruh itu.
Selain itu, terdapat juga individu yang meminta tindakan tegas dikenakan terhadap pempengaruh terbabit atas perbuatan yang dilakukannya itu.
Sinar Harian sedang mendapatkan pengesahan daripada pihak polis. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#pempengaruh
#gambar tidak senonoh
#Caprice
#Remaja perempuan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan