MALAYSIA
Pempengaruh kewangan berleluasa, MCCA minta garis panduan jelas
Mohamad Sirajuddin berkata, kebanyakan produk pelaburan yang dipromosikan oleh golongan tersebut tidak mendapat kelulusan pihak berkuasa seperti Suruhanjaya Sekuriti Malaysia, menyebabkan insiden kerugian melibatkan jumlah jutaan ringgit.
KUALA LUMPUR: Persatuan Pengguna Siber Malaysia (MCCA) menegaskan kewujudan golongan finfluencer atau pempengaruh kewangan di negara ini berlaku secara organik tanpa garis panduan jelas, sekali gus mendedahkan pengguna kepada risiko kerugian besar.
Presidennya, Mohamad Sirajuddin Jalil berkata, kebanyakan produk pelaburan yang dipromosikan oleh golongan tersebut tidak mendapat kelulusan pihak berkuasa seperti Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC), menyebabkan insiden kerugian melibatkan jumlah jutaan ringgit.
“Finfluencer ini muncul secara berleluasa, terutamanya melalui aktiviti berkaitan forex dan mata wang kripto. Sebelum 1 November 2026, tiada garis panduan khusus mengenai kaedah promosi pelaburan di ruang digital. Hanya selepas penguatkuasaan garis panduan media sosial oleh SC, kawalan lebih jelas dapat dilaksanakan,” katanya.
Mohamad Sirajuddin turut mengingatkan, mana-mana finfluencer yang mempromosikan platform forex atau mata wang kripto yang tidak diiktiraf di sisi undang-undang boleh dikenakan tindakan oleh SC.
Dalam masa sama, Mohamad Sirajuddin turut mencadangkan agar kerajaan mengadakan sesi libat urus bersama golongan pempengaruh kewangan bagi mengangkat kemahiran mereka ke arah mempromosikan pelaburan yang sah dan selamat.
“Jika kemahiran ini diterjemahkan kepada promosi pelaburan yang diiktiraf kerajaan, ia bukan sahaja memberi mesej jelas kepada masyarakat, malah menambah nilai kepada kecairan pasaran dan perkhidmatan kewangan negara,” katanya.