NATIONAL
Pempengaruh mengaku ceroboh rumah Zarina Anjoulie
Nurul Nur Ariani mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Seremban pada Isnin atas pertuduhan menceroboh rumah pelakon, Zarina Anjoulie. -Sinar Harian
SEREMBAN: Seorang pempengaruh mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada Isnin atas pertuduhan menceroboh rumah pelakon Zarina Anjoulie Lavocah Mohd Fahizul, atau lebih dikenali sebagai Anju, pada 7 Mei lalu.
Ringkasan AI
Tertuduh, Nurul Nur Ariani Muhammad Zahari, 41, membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Mohamad Kamil Nizam selepas kertas pertuduhan dibacakan.
Mengikut pertuduhan, tertuduh telah didapati melakukan pencerobohan jenayah dengan memasuki sebuah rumah di Kampung Chelet, Nilai pada 7 Mei 2025, kira-kira jam 5 petang.
Berikutan itu, tertuduh telah melakukan kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 447 Kanun Keseksaan.
Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara maksimum enam bulan atau denda sehingga RM3,000 atau kedua-duanya sekali.
Timbalan Pendakwa Raya, Nadia Ezzati Mohd Zainal menawarkan jaminan sebanyak RM8,000 dan memohon tarikh baharu bagi pembentangan fakta serta hukuman.
Peguam dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), K Gejalaxmi, memohon jaminan yang lebih rendah dan munasabah kerana tertuduh bekerja sendiri dengan pendapatan tidak tetap. Beliau juga memaklumkan bahawa tertuduh menanggung bapa yang sedang sakit di hospital, empat orang anak, dan seorang adik.
Mahkamah kemudian membenarkan jaminan sebanyak RM2,500 dengan seorang penjamin dan menetapkan tarikh sebutan semula kes bagi pembentangan fakta serta hukuman pada 19 Jun 2025. -Sinar Harian
Ringkasan AI
- Nurul Nur Ariani mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Seremban atas pertuduhan menceroboh rumah pelakon Zarina Anjoulie pada 7 Mei 2025.
- Tertuduh didakwa di bawah Seksyen 447 Kanun Keseksaan dan berdepan hukuman penjara maksimum enam bulan, denda sehingga RM3,000, atau kedua-duanya.
- Mahkamah membenarkan jaminan RM2,500 dengan seorang penjamin dan menetapkan 19 Jun 2025 untuk sebutan semula kes serta pembentangan fakta dan hukuman.