awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
DUNIA
Turki tingkat kesiapsiagaan ketenteraan, perketat sempadan dengan Iran
MALAYSIA
Pemandu lori rogol anak kandung dipenjara 10 tahun, 20 sebatan
MALAYSIA
ASEAN terima Deklarasi Kuala Lumpur mengenai Pendidikan Tinggi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MALAYSIA

Pempengaruh tukar pengakuan tidak bersalah ceroboh rumah selebriti

Bernama
Bernama
19/06/2025
08:25 MYT
Pempengaruh tukar pengakuan tidak bersalah ceroboh rumah selebriti
Nurul Nur Ariani Muhammad Zahar, didakwa melakukan pencerobohan jenayah dengan memasuki kawasan sebuah rumah di Kampung Chelet, Nilai pada 5 petang 7 Mei lepas. - Gambar fail/Bernama
SEREMBAN: Seorang pempengaruh media sosial menukar pengakuan kepada tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini, atas pertuduhan menceroboh rumah seorang selebriti, bulan lepas.

Ringkasan AI
  • Seorang pempengaruh media sosial menukar pengakuan kepada tidak bersalah atas pertuduhan menceroboh rumah selebriti di Nilai pada 7 Mei lalu, di bawah Seksyen 447 Kanun Keseksaan.
  • Mahkamah Majistret menetapkan 22 Julai sebagai tarikh sebutan semula kes, selepas tertuduh yang pada awalnya mengaku bersalah, memilih untuk membela diri dalam prosiding seterusnya.
  • Tertuduh diwakili dua peguam sementara pendakwaan dikendalikan ASP L. Rathna, dengan kes berpotensi membawa hukuman penjara sehingga enam bulan atau denda RM3,000 jika sabit kesalahan.

Nurul Nur Ariani Muhammad Zahar, 41, menukar pengakuan itu selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan semula di hadapan Majistret Saiful Sayoti.
Wanita itu didakwa melakukan pencerobohan jenayah dengan memasuki kawasan sebuah rumah di Kampung Chelet, Nilai pada 5 petang 7 Mei lepas.
Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 447 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum enam bulan atau denda sehingga RM3,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Pada 19 Mei, wanita itu mengaku bersalah atas pertuduhan tersebut, dan mahkamah menetapkan hari ini untuk fakta kes dan hukuman.
Majistret Saiful menetapkan 22 Julai sebagai tarikh sebutan semula kes untuk serahan dokumen.
Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa ASP L.Rathna manakala pempengaruh itu diwakili peguam Mohd Anif Rafih dan Amer Haiqal Mohd Yusof.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pempengaruh media sosial
#tukar pengakuan
#Nurul Nur Ariani Muhammad Zahar
#ceroboh rumah selebriti
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami