awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Masjid Jamek Cina Muslim Klang tarik 55,000 pengunjung, tingkat pelancongan Islam
Venezuela bebaskan lebih 30 tahanan termasuk aktivis
Rose, Bruno Mars buka Anugerah Grammy dengan persembahan bertenaga
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pempengaruh wanita warga Singapura didenda RM1,000 buat laporan palsu diculik

Bernama
Bernama
28/01/2025
07:00 MYT
Pempengaruh wanita warga Singapura didenda RM1,000 buat laporan palsu diculik
Majistret menjatuhkan hukuman terhadap Amyra Laila Ho, selepas wanita itu mengaku bersalah memberi maklumat palsu kepada anggota polis.- Foto Bernama
JOHOR BAHRU: Seorang pempengaruh wanita warga Singapura didenda RM1,000 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini kerana membuat laporan polis palsu kononnya dia telah diculik ketika berada di sebuah pusat beli-belah pada Rabu lepas.

Ringkasan AI
  • Seorang pempengaruh wanita Singapura, Amyra Laila Ho, didenda RM1,000 kerana membuat laporan polis palsu mendakwa dirinya diculik di sebuah pusat beli-belah.
  • Mahkamah Majistret mengarahkan hukuman penjara tiga minggu jika denda tidak dibayar, namun Amyra membayar denda tersebut.
  • Siasatan polis dan rakaman CCTV menunjukkan bahawa insiden cubaan culik yang didakwa Amyra tidak berlaku.

Majistret Hidayatul Syuhada Shamsudin menjatuhkan hukuman tersebut terhadap Amyra Laila Ho, 45, selepas wanita itu mengaku bersalah memberi maklumat palsu kepada seorang anggota polis di Balai Polis Larkin pada 1.02 pagi, 22 Jan lepas.
Mahkamah memerintahkan tertuduh dipenjara tiga minggu jika gagal membayar denda. Wanita itu membayar denda.
Dia didakwa mengikut Seksyen 182 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum enam bulan atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya.
Timbalan Pendakwa Raya Nur Fatihah Mohd Nizam memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal manakala tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu hukuman denda minimum.
Mengikut fakta kes, Amyra membuat laporan polis dengan mendakwa pada 1 tengah hari, 10 Jan lepas, ketika berada di bahagian belakang sebuah pusat beli-belah di Taman Abad di sini, dia didatangi seorang lelaki dan wanita berbangsa Cina yang mempromosikan minuman teh Cina kepadanya.
Dia mendakwa telah menolak permintaan itu, namun wanita berkenaan dikatakan mengarahkannya untuk menghidu minuman itu, kemudian mendakwa selepas menghidu, dia berasa kebas dan kepala menjadi pening.
Semalam, Ketua Polis Johor Datuk M Kumar dilaporkan berkata seorang wanita warga Singapura yang sebelum ini mendakwa dirinya menjadi mangsa cubaan culik di kawasan sebuah pusat beli-belah di Taman Abad pada 10 Jan lepas, didapati membuat laporan palsu.
Beliau berkata hasil siasatan menerusi bukti-bukti teknikal dan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi kejadian mendapati mendapati insiden cubaan culik tersebut tidak berlaku dan mengesahkan tiada pergerakan mangsa dikesan di lokasi kejadian.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#laporan polis palsu
#Amyra Laila
#dakwa diculik
#pempengaruh
#terkini
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan