TUMPAT: Pengalaman bekerja sebagai barista sambilan di sebuah cawangan kafe popular di Kuala Lumpur lima tahun lepas telah mendorong Ismail Mohamad, 24, memendam hasrat untuk menceburi bidang perniagaan dalam industri makanan dan minuman (FB).
Kini, bekas kakitangan di sebuah syarikat penerbangan tempatan itu berjaya merealisasikan impiannya, dengan mengusahakan Movilion Coffee House (Movilion) yang mempunyai dua cawangan, masing-masing terletak di Pasir Pekan, di sini dan Kota Bharu yang berkonsepkan hiasan dalaman dua dimensi (2D).
“Trend anak muda sekarang yang suka mengambil gambar dan berkongsi di media sosial memberi idea kepada saya untuk membuka kafe ini, malah pekerjaan sebelum ini yang berpeluang melawati negara luar juga memberi inspirasi kepada saya membuka kafe konsep 2D yang pertama di Kelantan,” katanya kepada Bernama.
Uniknya Movilion ini, dinding dan lantainya 'dicat' warna putih-hitam dengan lukisan 2D, yang mempamerkan pelbagai suasana di beberapa bahagian tempat makan antaranya gambaran seorang wanita sedang menikmati minuman di restoran.
Berkongsi cerita, anak jati Kota Bharu ini yang gemar menjelajah ke 'tempat orang' telah melawat ke 25 negara termasuk Korea, yang memberi ilham kepadanya untuk membuka kafe berkonsepkan 2D itu.
“Pertama kali saya bercuti ke negara berkenaan pada 2018 dan semasa melawat bandar Incheon dan Seoul, saya ternampak dan kagum dengan sebuah kafe di situ yang menggunakan hiasan dalaman 2D bertemakan suasana dan budaya Korea zaman dahulu.
“Maka, saya terdetik untuk mengusahakan kafe seumpama itu memandangkan tiada lagi kafe berkonsepkan 2D di Kelantan. Justeru, saya mengambil peluang ini supaya perniagaan saya tampak berbeza berbanding pengusaha kafe tempatan yang lain,” katanya.
Selain menyediakan minuman kopi, Movilion juga menjual pelbagai juadah ala barat antaranya pasta dan ‘chicken grill’, termasuk pencuci mulut seperti aiskrim berperisa ‘cheesecake’ dan menu istimewanya 'waffle with ice cream' yang menjadi jualan terlaris ketika ini. Kesemua makanan dan minuman itu adalah resipinya sendiri.
Mengulas lanjut, Ismail mula mengusahakan kafenya selepas hilang pekerjaan sebagai seorang kakitangan khidmat pelanggan di syarikat penerbangan tempatan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, susulan sektor itu terjejas oleh pandemik COVID-19.
“Hampir empat tahun saya bekerja dalam industri penerbangan dan sememangnya amat meminati kerja saya sebelum ini, tetapi rezeki terhenti pada Januari lalu kerana terpaksa diberhentikan. Jadi, saya ambil keputusan untuk pulang dan tinggal bersama ibu bapa di Bachok.
“Kemudian, saya memulakan perniagaan (Movilion) pada awal Februari lepas dengan menggunakan duit simpanan sendiri sebagai modal, selain turut dibantu dua orang kakak, Nurul Izzah, 32, dan Fauzah, 29, yang juga rakan kongsi serta penasihat syarikat,” katanya yang memegang saham Movilion sebanyak 51 peratus.
Ismail mengakui pada permulaan perniagaan beliau, ia tidak memberangsangkan berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan yang tidak membenarkan kedai makan beroperasi seperti biasa, bagi mengelakkan penularan wabak COVID-19.
Namun, dengan semangat tidak mudah putus asa, Ismail berkata beliau terus mempromosikan Movilion melalui media sosial serta menggunakan perkhidmatan ‘e-hailing’ untuk melonjakkan jualan perniagaannya, dan ternyata kaedah itu membuahkan hasil sehingga kafenya semakin dikenali penduduk tempatan sejak Jun lepas.
Malah, anak kelima daripada enam beradik ini, sekarang ini mampu 'tersenyum lebar' apabila jualan makanan serta minuman ala barat di kafenya, sudah mencecah antara RM50,000 hingga RM70,000 sebulan dan hasil jualan semakin meingkat selepas kerajaan membenarkan 'dine-in' di kedai makan.
Mengakhiri perbualan, Ismail yang merupakan pemegang Diploma Pengurusan Penerbangan di Kolej Cybernatic di Kuala Lumpur, buat masa ini fokus untuk memperkukuhkan lagi dua cawangan Movilion yang sedia ada, sebelum memperluaskan perniagaannya di daerah lain.
“Insya-Allah, pada masa akan datang, saya akan membuka lagi cawangan yang baharu sekali gus dapat meningkatkan peluang pekerjaan kepada anak muda tempatan,” katanya yang kini menggajikan seramai lapan pekerja.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Sep 12 2021
Uniknya Movilion ini, dinding dan lantainya 'dicat' warna putih-hitam dengan lukisan 2D yang mempamerkan pelbagai suasana di beberapa bahagian tempat makan. - Foto BERNAMA
Pau Marti puji Harimau Malaya berjaya menang lepas ketinggalan
Vicente mengakui, ia satu perlawanan yang mencabar, terutamanya dengan kecederaan yang dialami pemainnya.
Denmark buka semula kedutaan di Malaysia, perkukuh hubungan menjelang Kepengerusian ASEAN 2025
Kedutaan Denmark di Malaysia, yang ditutup pada 2021 semasa pandemik COVID-19, telah memulakan semula operasinya pada Ogos 2024.
Polis tahan 10 lelaki disyaki curi kabel TM
Kesemua suspek berusia 18 hingga 44 tahun itu ditahan bersama 54 batang potongan kabel yang berlabel Telekom, tiga kereta jenis Proton Wira dan beberapa peralatan pemotong kabel.
Pengarah FBI, Chris Wray akan letak jawatan pada akhir pentadbiran Biden, beri laluan pada pilihan Trump
Sebahagian pihak dalam FBI bimbang peletakan jawatan Wray itu akan membuatkan Trump menjadi terbiasa untuk sering menggantikan Pengarah FBI yang tidak disukainya.
Ahmad Samsuri letak jawatan Bendahari Agung PN
Tiada alasan dikemukakan Naib Presiden Pas itu berhubung keputusannya melepaskan jawatan berkenaan.
Arab Saudi sah tuan rumah Piala Dunia 2034 - FIFA
Sepanyol, Portugal dan Maghribi pula akan menjadi tuan rumah bersama untuk kejohanan bola sepak dunia itu pada 2030.
Kurang kesedaran punca ramai rakyat Malaysia menderita kerana COPD
Penyakit Pulmonari Obstruktif Kronik menimpa sebahagian besar populasi dunia dan merupakan punca kematian tertinggi di seluruh dunia dengan 3.23 juta kematian pada 2019.
Bangunan baharu MOM di Bukit Jalil diharap jadi motivasi tingkat prestasi atlet - Ahmad Zahid
Beliau berkata pembinaan bangunan baharu itu telah dipersetujui Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh, bagi pihak kerajaan.
Victor mohon maaf isu Jalur Gemilang terbalik di jersi Zii Jia
Victor Malaysia dalam kenyataan dimuat naik di akaun X, mengakui kesilapan dan kesal dengan insiden berkenaan.
Aaron-Wooi Yik Olimpian Tahunan 2024
Ia mengiktiraf pencapaian luar biasa mereka menyumbang pingat gangsa selepas menewaskan Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen.
Ah Ma House gamit nostalgia pengunjung
Diinspirasi daripada rumah nenek Ng, Ah Ma House bukan setakat kedai biasa menjual barangan klasik dan makanan ringan popular era 80-90an.
Pengusaha stesen minyak dibenar gajikan pekerja asing di kafe, kedai runcit
Kerajaan secara dasar bersetuju untuk memberikan kebenaran kepada pengusaha stesen minyak menggaji pekerja asing bagi kerja-kerja pembersihan serta pencucian di kafe dan kedai runcit stesen minyak.
Song Wat Road di Bangkok berubah jadi hab gaya hidup baharu yang dinamik
Song Wat Road berubah menjadi antara pusat gaya hidup terbaharu yang bertenaga bagi penggemar kopi, peminat seni dan pencinta budaya.
Tebusan dalam kafe di Belanda dibebas selepas suspek serah diri
Suspek meninggalkan kafe itu dengan mengangkat tangannya dan ditahan polis di luar venue.
#BookTokMalaysia suburkan budaya membaca rakyat Malaysia
Jualan buku dan pinjaman buku digital dilaporkan naik mendadak sehingga lebih dua kali ganda berbanding sebelum PKP.
Penulis blog tentera Rusia maut dalam letupan di kafe
Sekurang-kurangnya 25 individu lain cedera dalam insiden itu di Street Food Bar No 1.
Pemuda buka kafe konsep 2D, raih jualan puluhan ribu
Dinding dan lantainya 'dicat' warna putih-hitam dengan lukisan 2D, yang mempamerkan pelbagai suasana.
Pengusana restoran, kafe di Kelantan di tahap nyawa-nyawa ikan
Pengusaha restoran, kafe dan kedai makan di Kelantan merayu kerajaan benarkan pelanggan makan di premis mereka serta lanjutan waktu operasi.
Jika Parlimen dibenar bersidang, izinkan juga orang biasa bersidai di kedai makan
Moga pada Fasa Kedua PPN, kerajaan lebih bersikap kemanusiaan, memberi kebenaran untuk makan dan minum di restoran kegemaran kita.
Jabatan Kesihatan siasat aduan pelajar Kolej Matrikulasi Perak dikompaun RM1,500
Menurut Dr Noor Hisham, siasatan segera sedang dijalankan oleh jabatan itu agar tindakan sewajarnya dapat diambil.