MALAYSIA
Pemuda didakwa bunuh, bakar kekasih hamil kekal hasrat tukar pengakuan kepada bersalah
Tertuduh (tengah) sebelum ini dirujuk kepada pakar psikiatri untuk pemeriksaan mental dan berdepan hukuman mati jika sabit kesalahan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan. -Foto Sinar Harian
KLANG: Seorang pemuda yang berdepan pertuduhan membunuh dan membakar kekasihnya yang hamil di Sabak Bernam dua tahun lepas, masih berhasrat untuk menukar pengakuan daripada tidak bersalah kepada bersalah di Mahkamah Tinggi di sini.
Ringkasan AI
Peguam Muhammad Nor Tamrin berkata beliau dimaklumkan mengenai hasrat Muhammad Fakrul Aiman Sajali itu hari ini.
"Semalam, saya dihubungi anak guam menerusi panggilan telefon supaya mempertimbangkan perkara itu secara menyeluruh... selepas dinasihatkan sekali lagi pagi ini, dia memberitahu masih mahu menukar pengakuan kepada bersalah," katanya kepada pemberita di luar mahkamah.
Susulan itu, Muhammad Nor berkata beliau memohon agar mahkamah menetapkan tarikh sebutan bagi membolehkan pertuduhan terhadap Muhammad Fakrul, 22, dibacakan semula.
Penolong Kanan Pendaftar Luqman Abdul Haris kemudian menetapkan 10 Okt depan sebagai tarikh sebutan semula kes itu.
Prosiding hari ini, yang dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Nurul Ashiqin Zulkifli, sepatutnya mendengar keputusan representasi dalam kes berkenaan.
Pada 8 Sept lepas, Hakim Norliza Othman menetapkan hari ini bagi mengetahui status representasi Muhammad Fakrul yang memohon untuk menukar pengakuannya daripada tidak bersalah kepada bersalah.
Sebelum ini, mahkamah menetapkan 23 dan 27 Feb diikuti 9 hingga 13 Mac dan 30 Mac hingga 3 April 2026 sebagai tarikh perbicaraan.
Pada 15 Mei lepas, mahkamah membenarkan permohonan agar Muhammad Fakrul Aiman, yang didakwa membunuh Nur Anisah Abdul Wahab, 21, dirujuk kepada pakar psikiatri bagi menjalani pemeriksaan mental.
Muhammad Fakrul Aiman didakwa membunuh pelayan restoran itu di Jalan Sungai Limau antara 8.30 malam 22 Mei dan 8 pagi 23 Mei 2023 mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati, jika sabit kesalahan.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Muhammad Fakrul Aiman Sajali berhasrat tukar pengakuan kepada bersalah atas tuduhan membunuh dan membakar kekasihnya yang hamil di Sabak Bernam pada Mei 2023.
- Mahkamah menetapkan 10 Oktober 2025 sebagai tarikh sebutan semula untuk bacaan pertuduhan, selepas prosiding hari ini sepatutnya mendengar keputusan representasi.
- Tertuduh sebelum ini dirujuk kepada pakar psikiatri untuk pemeriksaan mental dan berdepan hukuman mati jika sabit kesalahan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Peguam Muhammad Nor Tamrin berkata beliau dimaklumkan mengenai hasrat Muhammad Fakrul Aiman Sajali itu hari ini.
"Semalam, saya dihubungi anak guam menerusi panggilan telefon supaya mempertimbangkan perkara itu secara menyeluruh... selepas dinasihatkan sekali lagi pagi ini, dia memberitahu masih mahu menukar pengakuan kepada bersalah," katanya kepada pemberita di luar mahkamah.
Susulan itu, Muhammad Nor berkata beliau memohon agar mahkamah menetapkan tarikh sebutan bagi membolehkan pertuduhan terhadap Muhammad Fakrul, 22, dibacakan semula.
Penolong Kanan Pendaftar Luqman Abdul Haris kemudian menetapkan 10 Okt depan sebagai tarikh sebutan semula kes itu.
Prosiding hari ini, yang dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Nurul Ashiqin Zulkifli, sepatutnya mendengar keputusan representasi dalam kes berkenaan.
Pada 8 Sept lepas, Hakim Norliza Othman menetapkan hari ini bagi mengetahui status representasi Muhammad Fakrul yang memohon untuk menukar pengakuannya daripada tidak bersalah kepada bersalah.
Sebelum ini, mahkamah menetapkan 23 dan 27 Feb diikuti 9 hingga 13 Mac dan 30 Mac hingga 3 April 2026 sebagai tarikh perbicaraan.
Pada 15 Mei lepas, mahkamah membenarkan permohonan agar Muhammad Fakrul Aiman, yang didakwa membunuh Nur Anisah Abdul Wahab, 21, dirujuk kepada pakar psikiatri bagi menjalani pemeriksaan mental.
Muhammad Fakrul Aiman didakwa membunuh pelayan restoran itu di Jalan Sungai Limau antara 8.30 malam 22 Mei dan 8 pagi 23 Mei 2023 mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati, jika sabit kesalahan.
-- BERNAMA

#Muhammad Fakrul Aiman Sajali
#tukar pengakuan kepada bersalah
#tuduhan bunuh dan bakar kekasih
#kekasih hamil
#Sabak Bernam