MALAYSIA
Pemuda dipenjara enam tahun, tujuh sebatan kerana rompak guna senjata
Seorang pemuda dikenakan hukuman penjara enam tahun dan tujuh sebatan selepas mengaku salah di dua Mahkamah Sesyen di sini atas tiga kesalahan melakukan rompakan bersenjata baru-baru ini. - Foto Sinar Harian
SUNGAI PETANI: Seorang pemuda dikenakan hukuman penjara enam tahun dan tujuh sebatan selepas mengaku salah di dua Mahkamah Sesyen di sini atas tiga kesalahan melakukan rompakan bersenjata baru-baru ini.
Ringkasan AI
Tertuduh, Danish Aiman Ekram Mohd Fazeri, 21, yang merupakan penganggur mengaku salah di hadapan Hakim Roslan Hamid dan Hakim Azman Abu Hassan ketika pertuduhan dibacakan terhadapnya.
Mengikut pertuduhan, dia mengaku salah merompak telefon bimbit Vivo warna hitam milik mangsa dalam kejadian kira-kira 6.30 pagi di hadapan sebuah rumah di Taman Cendana di sini pada 22 Ogos lalu.
Selain itu, dia juga mengaku salah merompak telefon bimbit jenis Vivo Y66 milik mangsa lain pada jam 8.30 pagi di hadapan Tabika Perpaduan Taman Keladi di sini 27 Ogos lalu.
Dalam kejadian terbaharu yang tular di media sosial, tertuduh juga mengaku telah melakukan rompakan membabitkan sebuah telefon bimbit Huawei Nova 3i milik suri rumah yang sedang menjemur pakaian pada jam lebih kurang 7.35 pagi di Bandar Perdana di sini 2 September lalu.
Tertuduh juga mengaku telah menggunakan pisau untuk menakutkan mangsa dalam semua kejadian terbabit.
Disebabkan itu, tertuduh telah melakukan kesalahan yang boleh dihukum bawah Seksyen 392 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 397 Kanun yang sama.
Jika sabit kesalahan boleh dipenjara maksimum 14 tahun dan boleh dikenakan denda atau sebatan.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Wan Muhammad Fitri Wan Azizan dan Pegawai Pendakwa Polis Diraja Malaysia (PDRM) Inspektor Alex Pang Tak Fatt.
Dalam rayuannya, Danish Aiman Ekram memohon agar hukuman dikurangkan kerana memberi alasan sedang menunggu panggilan kerja dari sebuah kilang selain perbuatan itu dilakukan demi mendapatkan wang bagi membeli makanan.
Bagaimanapun Hakim Azman Abu Hassan menasihati tertuduh agar tidak melakukan perbuatan jenayah sekali pun mahu membeli makanan namun perlu memikirkan cara lain memandangkan keadaannya yang sihat tubuh badan.
Beliau menjatuhkan hukuman penjara lima tahun dan tiga sebatan.
Sementara itu, bagi dua pertuduhan lain, Hakim Roslan Hamid memerintahkan tertuduh dijatuhkan hukuman denda enam tahun penjara dan dua sebatan bagi setiap pertuduhan.
Mahkamah menetapkan bahawa hukuman penjara terhadap tertuduh berjalan serentak sejak tarikh ditangkap iaitu 3 September 2025 namun sebatan dijalankan secara berasingan.
Sebelum ini, tular di media sosial satu rakaman video memaparkan seorang lelaki memanjat tembok rumah sebelum melarikan telefon bimbit dan wang tunai ketika suri rumah menjemur pakaian di Bandar Perdana di sini baru-baru ini. -- Sinar Harian
Ringkasan AI
- Pemuda 21 tahun dihukum penjara enam tahun dan tujuh sebatan selepas mengaku salah atas tiga kesalahan rompakan bersenjata melibatkan telefon bimbit di Sungai Petani.
- Kesalahan dilakukan antara 22 Ogos hingga 2 Sept, menggunakan pisau untuk menakutkan mangsa; hukuman penjara berjalan serentak bermula 3 Sept, sebatan dijalankan berasingan.
- Rayuan tertuduh untuk kurangkan hukuman ditolak, mahkamah menasihatkan agar tidak memilih jalan jenayah walaupun kerana kesempitan hidup.