SETIU: Enggan mensia-siakan masa terluang sepanjang tempoh kawalan pergerakan, seorang pemuda berusia 19 tahun memberanikan diri mengusahakan tanaman ubi keledek vitato (ubi vitato) walaupun tidak mempunyai pengalaman dalam bidang pertanian.
Muhammad Ikmal Haikal Ab Mueei yang sebelum ini bekerja sebagai pembantu di kedai makan ternyata tidak melepaskan peluang apabila ditawarkan menjadi seorang daripada 70 peserta tanaman ubi vitato berkelompok di Kampung Banggol di sini.
"Saya mula menanam ubi vitato lebih sebulan yang lepas setelah ditawarkan satu ekar tanah (0.40 hektar) untuk diusahakan. Pada mulanya saya teragak-agak juga kerana langsung tidak mempunyai pengalaman dan pengetahuan berkaitan pertanian ini.
"Namun setelah difikirkan saya pun tidak dapat bekerja sepanjang tempoh kawalan pergerakan ini jadi saya terima tawaran untuk tanam ubi. Pada mulanya memang susah, serba-serbi saya tidak tahu tetapi ramai peserta lain yang lebih berusia dan berpengalaman sudi memberi tunjuk ajar," katanya.
Beliau berkata kepada pemberita pada Program Penuaian Ubi Vitato, di Pusat Tanaman Ubi Vitato Berkelompok di Kampung Banggol, di sini, selain berasa gembira dan tidak sabar menunggu hasil titik peluhnya yang pertama itu dapat dituai dalam tempoh dua bulan lagi.
Muhammad Ikmal berkata walaupun bidang pertanian kurang diminati anak muda yang seusia dengannya, namun beliau bukan sahaja tidak berasa malu malah bercita-cita untuk menjadi seorang petani yang berjaya satu hari nanti.
"Antara yang saya pelajari sepanjang menanam ubi adalah mengenai disiplin masa dan kerajinan. Rutin saya hampir setiap hari di kebun bermula seawal 7 atau 8 pagi untuk meracun pokok. Pada waktu petang perlu juga ke kebun untuk kemas-kemas kebun atau membaja.
"Lagipun saya usahakan kebun seorang diri jadi perlu bekerja keras sikit. Ada juga ayah (Ab. Mueei Hamid, 62) dan emak (Fatimah Saleh, 50) menolong tetapi mereka pun sudah agak berumur dan tidak boleh melakukan kerja-kerja berat," katanya yang mengeluarkan modal RM1,000 untuk mula menanam ubi itu.
Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa Terengganu Dr Azman Ibrahim berkata pusat tanaman ubi vitato itu bermula awal tahun ini adalah projek kerajaan negeri melalui anak syarikatnya, Terengganu Agrotech Development Corporation (TADC).
"Pusat tanaman itu diusahakan 70 penduduk tempatan. Melalui projek ini setiap peserta disediakan seekar tanah untuk diusahakan tanaman ubi vitato melalui Lesen Pendudukan Sementara. Kami anggarkan setiap ekar mampu mengeluarkan hasil sebanyak 5 tan ubi yang dijual RM1.80 sekilogram.
"Jadi tanaman berkelompok seluas 70 ekar atau 28 hektar ini dapat menghasilkan kira-kira 350 tan ubi vitato dengan anggaran hasil jualan RM630,000. Ubi vitato menerima permintaan yang lebih tinggi pada musim tengkujuh dan harganya juga dijangka akan turut meningkat pada waktu tersebut," katanya.
Dr Azman menyeru lebih ramai petani termasuk golongan muda menceburi industri tanaman ubi vitato memandangkan ia mempunyai prospek yang tinggi dan mampu menembusi pasaran pasar raya terkemuka terutama di Terengganu.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jul 13 2021
Muhammad Ikmal Haikal menunjukkan hasil tuaian ubi keledek vitato yang diusahakan. - Foto BERNAMA
Mangsa banjir kekal 47 orang di dua negeri
Jumlah mangsa banjir kekal kepada 47 orang sahaja setakat 6 pagi, Ahad.
Menurut Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), 2 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) masih dibuka melibatkan 2 negeri.
Menurut Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), 2 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) masih dibuka melibatkan 2 negeri.
Ahli perniagaan China didakwa pengintip dijemput ke Istana Buckingham oleh Duke
Lelaki itu dilaporkan telah melawat Istana Buckingham sebanyak dua kali atas jemputan Putera Andrew.
Vincente kekal optimis walaupun tewas 0-1 kepada Thailand
Pengendali kelahiran Sepanyol itu menyatakan rasa bangga terhadap prestasi pemainnya, terutama sekali menentang juara bertahan kejohanan itu.
Mesir, pegawai AS bincang usaha gencatan senjata di Gaza
Presiden Sisi menekankan keperluan segera untuk menyalurkan bantuan kemanusiaan ke Gaza.
Tiga ditahan, pelbagai dadah bernilai RM44,200 dirampas
Semakan rekod lampau mendapati ketiga-tiga suspek mempunyai rekod berkaitan jenayah narkotik.
Banjir: Jumlah mangsa kekal 47 orang di dua negeri
Dua pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka melibatkan dua negeri.
Malaysia pilih jalan sukar, tewas 0-1 kepada Thailand
Malaysia wajib menang menentang Singapura pada 20 Dis ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Simposium Legenda Puteri Santubong dianjur tahun depan - Nancy
Datuk Seri Nancy Shukri berkata simposium itu bakal dianjurkan dengan kerjasama Arkib Negara Malaysia.
Inisiatif pendidikan tinggi percuma Sarawak satu peluang luar biasa - TYT
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Sarawak memerlukan ramai tenaga mahir, untuk mencapai visi menjadi wilayah maju menjelang tahun 2030.
Rakyat Jepun bantah keganasan seksual tentera Amerika Syarikat
Rakyat Jepun pada petang Jumaat berhimpun di luar Kementerian Luar di Tokyo untuk membantah keganasan seksual oleh anggota tentera Amerika Syarikat yang ditempatkan di negara itu.
Mpox: 'PKP tidak akan berulang' - Dr Dzulkefly
Kerajaan tidak akan mengenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di negara ini berhubung kes virus cacar monyet atau mpox.
4,994 kes buli direkodkan dari Januari hingga Oktober 2023
Hui Ying memaklumkan kerajaan bercadang untuk menambah jumlah guru kaunseling sekiranya kes buli terus meningkat.
Amir Masdi akhirnya lancar album selepas 7 tahun jadi artis
Bakat besar dimiliki penyanyi ini menarik pujian ramai. Selain memiliki karakter vokal tersendiri, Amir Masdi juga punya pesona tersendiri setiap kali muncul membuat persembahan.
Rumah 'diconteng' bekas kartunis jadi galeri
Seorang bekas kartunis mengisi masa terluang sepanjang tempoh PKP tiga tahun lepas dengan 'menconteng' dinding rumah rakannya di Kampung Melayu.
Projek rumah sakit, lewat siap, terbengkalai dijangka meningkat
Jumlah projek perumahan swasta berstatus lewat, sakit dan terbengkalai dijangka meningkat susulan kesan PKP akibat penularan COVID-19 yang masih menjejaskan syarikat pemaju.
Lahirkan insan holistik, seimbang perlu proses pembelajaran berterusan - Othman
Insan holistik dan seimbang tidak boleh dicapai melalui satu sesi pembelajaran atau dalam tempoh satu semester sahaja.
MB cadang tambah gerabak, kekerapan tren shuttle Tebrau ke Woodlands
Cadangan itu difahamkan telah diutarakan kepada pihak KTMB dalam lawatan beliau ke stesen Johor Bahru Sentral pagi tadi.
Asad Motawh tak suka menunjuk-nunjuk rumah sendiri
Masih muda, namun penyanyi dan pempengaruh Asad Motawh sudah memiliki aset sendiri iaitu rumah ketika usianya 19 tahun.
"Maggi tu saya patah dua, satu 'breakfast', satu lagi simpan 'dinner'" - Amir Ahnaf
Amir bergelut sebagai anak seni terutama ketika pandemik dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Jaja Ishak tiada masalah terus bekerjasama dengan Hafidz Roshdi
Penerbit drama Jaja Ishak tidak punyai sebarang masalah untuk terus bekerjasama dengan pelakon yang terkait dengan kontroversi rumah tangga sebelum ini seperti Hafidz Roshdi.