awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pemuda mengaku tidak bersalah rogol remaja bawah umur

Astro Awani
Astro Awani
01/02/2018
05:26 MYT
Pemuda mengaku tidak bersalah rogol remaja bawah umur
Tertuduh tidak diwakili peguam, hanya mendiamkan diri sepanjang prosiding. - Gambar hiasan
Seorang pemuda dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Ayer Keroh hari ini atas tiga pertuduhan merogol remaja perempuan bawah umur berusia 14 tahun, tahun lalu.
Tertuduh, Mohamad Dol Fadir Fauzi, 24 tahun, bagaimanapun mengaku tidak bersalah sejurus ketiga-tiga pertuduhan terhadapnya dibacakan dihadapan Hakim Meor Sulaiman Ahmad Tarmizi.
Mengikut pertuduhan pertama hingga ketiga, tertuduh didakwa merogol seorang remaja perempuan yang ketika itu berusia 14 tahun 5 bulan di sebuah rumah di Kampung Tersusun, Jalan Tanjung Rambai, Parit Penghulu, Sungai Rambai, Jasin, Melaka.
Kesemua kesalahan itu dilakukan sekitar 11.30 malam hingga 12 malam, pada awal Februari sehingga akhir Jun 2017.
Justeru, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan boleh juga dikenakan sebat, jika sabit kesalahan.
Terdahulu, pendakwaan yang dikendalikan Timbalan Pendakwaraya Siti Ruvinna Mohd Rawi tidak mencadangkan sebarang jaminan.
Bagaimanapun sekiranya mahkamah ingin menggunakan budi bicara, beliau mencadangkan jumlah RM20,000 bagi setiap pertuduhan.
Tertuduh yang memakai baju-T berkolar bewarna merah yang tidak diwakili peguam, hanya mendiamkan diri sepanjang prosiding.
Meor pada penghakimannya kemudian tidak membenarkan tertuduh diikat jamin dan mentapkan 1 Mac depan sebagai tarikh sebutan semula kes dan lantikan peguam.
Topic Berkaitan
#jenayah
#mahkamah
#remaja bawah umur
#rogol
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan