awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Rangka manusia di rumah terbiar bongkar misteri kehilangan lima beranak
Pameran 'Tunku Negarawan Ulung: Pengasas Negara Bangsa' kini dibuka di Muzium Negara
Gobind tersenarai dalam "2026 Tech Diplomacy Global 50"
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pemuda, Puteri UMNO lancar kempen Jom Daftar Vaksin

Bernama
Bernama
20/03/2021
20:13 MYT
Pemuda, Puteri UMNO lancar kempen Jom Daftar Vaksin
Pelancaran kempen berkenaan bagi Parlimen Setiawangsa berdekatan Pasar Malam Tasik Sri Rampai. - Foto Instagram/@ppummalaysia
KUALA LUMPUR: Pergerakan Pemuda dan Puteri UMNO melancarkan kempen Jom Daftar Vaksin dalam usaha memberi penerangan mengenai kepentingan vaksin COVID-19 dan menggalakkan orang ramai mendaftar Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan.
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Datuk Asyraf Wajdi Dusuki berkata selain memberi pencerahan melalui kaunter yang akan dibuka di tempat awam, sesi ceramah awam menampilkan doktor-doktor muda turut akan diadakan bagi menjawab persoalan daripada orang ramai.
"Kempen ini akan diadakan di seluruh negara dan dimulakan mulai hari ini," katanya ketika ditemui semasa pelancaran kempen berkenaan bagi Parlimen Setiawangsa berdekatan Pasar Malam Tasik Sri Rampai, di sini pada Sabtu.
Malaysia memulakan program imunisasi berkenaan pada 24 Feb lepas melalui tiga fasa bermula dengan Fasa 1 bermula Februari hingga April ini melibatkan 500,000 petugas barisan hadapan.
Fasa 2 pula iaitu dari April hingga Ogos membabitkan kumpulan warga emas berusia 65 tahun ke atas, golongan berisiko tinggi serta orang kurang upaya, manakala Fasa 3 dari Mei ini hingga Feb 2022 bagi penduduk Malaysia berusia 18 tahun ke atas.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Pemuda UMNO
#Puteri UMNO
#jom daftar vaksin
#vaksin
#COVID-19
#Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan
#Asyraf Wajdi Dusuki
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan