MALAYSIA
Pemuda sanggup berhabis wang pelihara kucing jalanan
Wan Syahmi Hariz Wan Sufazri berkata beliau mula memelihara haiwan terbiar itu sejak tujuh tahun lepas, bermula dengan seekor kucing betina yang diberi nama Nana. - Gambar Noor Aznida Alias
KUALA BERANG: Seorang pemuda sanggup menghabiskan separuh daripada wang gajinya sebagai pengawal keselamatan setiap bulan bagi memelihara kucing jalanan.
Wan Syahmi Hariz Wan Sufazri, 24, dari Kampung Teris di sini berkata beliau mula memelihara haiwan terbiar itu sejak tujuh tahun lepas, bermula dengan seekor kucing betina yang diberi nama Nana.
Kucing itu ditemukan dalam keadaan lemah dan sakit dalam longkang berhampiran rumah lamanya di Batu Rakit dekat Kuala Nerus dan dibawa pulang untuk dirawat sehingga sembuh seperti sediakala.
"Selepas itu semakin banyak kucing liar yang kami pelihara. Ada yang emak saya bawa pulang dari tempat kerja, ada juga yang kami jumpa dan kutip di tepi jalan dan ada juga yang orang buang depan rumah.
"Paling banyak kucing yang saya pelihara kira-kira 40 ekor beberapa tahun lepas. Tetapi sekarang ini tinggal 26 ekor sahaja selepas ada yang mati dan hilang," katanya ketika ditemui di kediamannya di Kampung Teris di sini hari ini.
Wan Syahmi Hariz berkata setiap bulan beliau membelanjakan kira-kira RM1,500 untuk membeli makanan dan pasir kucing.
Kos akan meningkat hingga RM2,500 sebulan sekiranya terdapat kucing yang sakit dan memerlukan rawatan serta ubatan tambahan.
Bagaimanapun, anak sulung daripada tiga beradik itu berkata beliau amat bertuah kerana usahanya mendapat sokongan daripada ibu bapa yang menghulurkan bantuan kewangan dan tenaga bagi memastikan kucing-kucing berkenaan mendapat makanan dan penjagaan yang baik.
"Kalau ikutkan gaji saya memang habis untuk beli keperluan kucing sahaja. Memang tak merasa nak ada barang mewah seperti telefon bimbit berjenama mahal seperti kawan-kawan lain.
"Namun, saya puas dan bersyukur kerana dapat berbakti menjaga haiwan terbiar ini. Bagi saya kucing-kucing inilah harta yang sangat berharga," katanya yang memasang impian untuk membuka tempat perlindungan kucing suatu hari nanti.
Wan Syahmi Hariz berkata kesemua kucing berkenaan ditempatkan di dalam kandang yang dibina di sebelah rumah dan dilepas keluar untuk bermain secara bergilir-gilir mengikut jadual.
Setiap pergerakan kucing akan diawasi bagi memastikan keselamatan dan ia tidak menganggu jiran.
"Kandang ini agak sempit ... sesekali kena lepaskan kucing bermain di luar untuk kesihatan mereka. Saya memang bercita-cita untuk membesarkan kandang ini tetapi apakan daya wang tidak mencukupi.
"Kandang ini pun mak dan ayah yang bantu bina dulu. Insya-Allah kalau ada rezeki saya akan bina tempat lebih selesa untuk mereka," katanya.
-- BERNAMA