awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mahkamah Tinggi tetapkan 21 Mei keputusan tindakan undang-undang Indira Gandhi
Singapura sasar 18 juta pelancong antarabangsa pada 2026, perolehan S$32.5 bilion
Inkues Zara Qairina: Guru agama kongsi pertemuan terakhir dengan arwah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pemuda tidak pulang ke rumah ditemukan lemas

Sinar Harian
Sinar Harian
30/03/2022
00:03 MYT
Pemuda tidak pulang ke rumah ditemukan lemas
Mayat mangsa ditemui dalam keadaan terbaring di tepi sungai. - Gambar hiasan
DUNGUN: Kebimbangan ahli keluarga terhadap seorang pemuda yang tidak pulang ke rumah sejak Sabtu lalu akhirnya terjawab apabila mayatnya ditemukan di tepi sungai di Kampung Tanjung Pagar, di sini, pada Isnin.
Mangsa, Mohd Shafeqal Mohd Fadli, 31, ditemukan meninggal dunia oleh adiknya sekitar jam 12 tengah hari.
Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Baharudin Abdullah berkata, sebelum kejadian, mangsa yang tinggal di kawasan Perumahan Bukit Tebuk, di sini, dikatakan keluar rumah dan tidak pulang sepanjang hari sejak Sabtu lalu.
"Bimbang dengan keadaan itu, adik mangsa berusia 25 tahun itu mula menjejaki abangnya namun hanya menemui motosikal dinaiki abangnya di tepi sungai.
"Usaha mencari disambung semula di lokasi sama dan menemui mayat mangsa dalam keadaan terbaring di tepi sungai itu," katanya ketika dihubungi pada Selasa.
Beliau berkata, mayat mangsa dibawa ke bilik forensik Hospital Dungun untuk siasatan lanjut sebelum diserahkan kepada keluarga bagi urusan pengebumian.
"Siasatan awal mendapati kematian mangsa tiada unsur jenayah dan kes ini diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).
"Manakala hasil bedah siasat juga mendapati punca kematian akibat lemas," katanya.
*Berita asal di Sinar Harian
Topic Berkaitan
#lemas
#Mohd Shafeqal Mohd Fadli
#Baharudin Abdullah
#Kampung Tanjung Pagar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan