Pemuda UMNO cawangan Indera Mahkota hari ini membuat laporan polis terhadap penyebaran satu video dikatakan menghina Sultan dan Raja-Raja Melayu serta rancangan menghapuskan istitusi Raja Melayu serta menjadikan Malaysia sebagai sebuah republik.

Ketua Penerangan Pemuda UMNO Indera Mahkota, Muhammad Faiz Hashim berkata tindakan individu tersebut adalah bertentangan dengan perlembagaan dan boleh dilihat sebagai satu penderhakaan kerana merancang menjatuhkan institusi raja-raja dan ingin menjadikan Malaysia sebagai sebuah republik.

“Saya boleh labelkan ustaz Wan Ji sebagai seorang ustaz yang bertopengkan syaitan. Kerana dia menggelarkan sultan sebagai babi dan syaitan. Saya nak ulang balik label seperti ini adalah untuk orang saperti dia. Dan dia sebagai saorang pengkhianat. Rakyat Malaysia yang pengkhianat kepada agama, bangsa dan tanah air. Dan seorang penderhaka. Saya kira orang macam ni tidak layak duduk didalam negara Malaysia yang tercinta ini. Kerana hari ini negara kita telah aman damai. Rakyat bebas melakukan apa saja dan orang seperti ini lah yang cuba menghuru-harakan keadaan negara kita," Muhammad berkata.

Menurut beliau, perbuatan ustaz berkenaan boleh mencetuskan perpecahan dan huru-hara berlaku di negara ini yang aman yang mana rakyat bebas melakukan apa sahaja selagi tidak melanggar undang-undang.

Didalam clip video tersebut kelihatan seorang ustaz mencaci institusi Raja-Raja Melayu dan merancang menghapuskan sultan dan menjadikan Malaysia sebagai sebuah republik pada tahun 2030.