awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan pandang serius lirik lagu tidak senonoh, bercanggah nilai akhlak dan adab
Zakat MAINPP hampir capai sasaran kutipan zakat RM200 juta pada 2025
Ops Ambang Tahun Baharu: Polis keluarkan 12,437 saman
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pemuda UMNO Perak bantu pelajar Kolej Matrikulasi dikompaun RM1,500

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
20/04/2021
00:21 MYT
Pemuda UMNO Perak bantu pelajar Kolej Matrikulasi dikompaun RM1,500
Pihak KKM dikatakan mengeluarkan kompaun RM1,500 kepada beberapa pelajar yang tidak memakai pelitup muka atau meletakkannya di bawah dagu. - Foto Facebook/Faridzul Azlan
IPOH: Pergerakan Pemuda UMNO Perak akan membantu pelajar Kolej Matrikulasi Perak dekat sini yang dikatakan dikompaun RM1,500 oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) kerana tidak memakai pelitup muka.
Pengerusi Sekretariat Undang-Undang dan Perlembagaannya, Faridzul Azlan Abd Shani berkata, pihaknya menawarkan khidmat guaman percuma dan akan mengambil tindakan yang diperlukan bagi pihak pelajar berkenaan.
Menurutnya, mereka dimaklumkan bahawa pelajar-pelajar berkenaan sangat terkejut dengan tindakan saman kompaun yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa tersebut.
“Kehadiran pihak berkuasa tersebut sepatutnya tertumpu kepada isu lain di Matrikulasi berkenaan namun sebaliknya pula yang berlaku.
“Ia telah menyebabkan tekanan, gangguan emosi dan psikologi kepada mereka yang sudah lima bulan berada di dalam kawasan asrama atau kampus dan tidak dibenarkan keluar sama sekali,” katanya dalam kenyataan di laman Facebook miliknya malam tadi.
Faridzul Azlan yang juga Exco Pemuda UMNO Malaysia berkata, pihaknya tiada niat untuk mempertahankan sesiapa atau mendakwa sesiapa dan jauh sekali hendak menghukum mana-mana pihak.
“Cuma harapan kami, suatu penyelesaian yang baik dapat dicapai dalam usaha mengimbangi penggunaan kuasa oleh pihak berkuasa dalam menjalankan tugas dengan keadaan semasa pelajar yang berkenaan,” ujarnya.
Sejak Isnin, tular di laman sosial terdapat pelajar Kolej Matrikulasi Perak di Gopeng yang dikompaun RM1,500 kerana tidak memakai pelitup muka.
Pelbagai pihak mempertikaikan tindakan itu kerana pelajar-pelajar berkenaan dikatakan tinggal di kolej sejak lima bulan lalu dan tidak dibenarkan keluar.
Difahamkan pihak KKM datang ke kolej berkenaan pada Ahad atas sebab kes keracunan makanan di salah satu cafe di situ.
Bagaimanapun, mereka datang lagi pada Isnin walaupun cafe yg terlibat dengan keracunan makanan telah diberi notis untuk tutup selama dua hari.
Mereka dikatakan mengeluarkan kompaun RM1,500 kepada beberapa pelajar yang tidak memakai pelitup muka atau meletakkannya di bawah dagu.
Astro AWANI cuba mendapatkan maklumat lanjut daripada pihak Jabatan Kesihatan Perak sejak Isnin tetapi belum berjaya.
Topic Berkaitan
#Pemuda UMNO
#UMNO
#Kementerian Kesihatan
#pelitup muka
#saman
#pelajar
#kompaun
#Faridzul Azlan Abd Shani
#Kolej Matrikulasi Perak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan