awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Usaha mantapkan semula perseorangan lelaki perlu mula sekarang - Kay Bin
PM Lubnan ikrar kekalkan negara daripada terlibat perang baharu
Selangor FC kesal insiden bakar suar, kutuk salah laku penyokong
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pemukiman Jemaah Menteri 2024 perkasa sinergi dengan kepimpinan perkhidmatan awam - KSN

Bernama
Bernama
19/01/2024
01:50 MYT
Pemukiman Jemaah Menteri 2024 perkasa sinergi dengan kepimpinan perkhidmatan awam - KSN
Mohd Zuki berkata, beliau percaya Pemukiman Jemaah Menteri 2024 yang berlangsung selama dua hari di Cyberjaya itu mampu merealisasikan agenda Malaysia MADANI di bawah kepimpinan Perdana Menteri. - Facebook Mohd Zuki Ali
PUTRAJAYA: Pemukiman Jemaah Menteri 2024 yang berlangsung selama dua hari berakhir malam tadi telah memperkasakan sinergi dan kerjasama erat antara anggota Jemaah Menteri bersama kepimpinan perkhidmatan awam, kata Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali.
Dalam kenyataan melalui laman Facebook rasminya hari ini, beliau berkata pelbagai strategi dan hala tuju baharu kerajaan bagi jangka masa pendek, sederhana dan panjang telah dirangka sepanjang sesi permukiman itu.
Mohd Zuki berkata antara inti pati yang diberikan tumpuan dalam sesi permukiman berkenaan mencakupi aspek hala tuju dan cabaran ekonomi semasa, pembangunan keselamatan sosial, pembangunan polisi industri digital, keterjaminan makanan, pembaharuan sektor tenaga dan cabaran pendidikan negara.
"Berbeza dengan permukiman sebelum ini, kali ini melibatkan sesi percambahan minda dalam kumpulan dalam membangunkan pelan tindakan secara bersepadu dan menyeluruh.
"Saya percaya permukiman kali ini mampu merealisasikan agenda Malaysia MADANI di bawah kepimpinan Perdana Menteri," katanya.
Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kerajaan membuat penilaian untuk membaiki setiap ruang yang ada termasuk membabitkan soal pendidikan, digital dan teknologi dalam perkhidmatan bagi mengangkat martabat serta keupayaan negara supaya menjadi lebih hebat.
Anwar berkata penilaian itu dilakukan semasa program permukiman dua hari berkenaan berdasarkan input sektor swasta, penyelidik, ilmuwan dan pakar antarabangsa, selain pandangan serta cadangan Jemaah Menteri pada sesi itu.
Sesi permukiman pertama Perdana Menteri bersama Jemaah Menteri yang berlangsung di Putrajaya, Januari tahun lepas antara lain membincangkan soal hala tuju dan penetapan petunjuk prestasi utama setiap kementerian dalam Kerajaan Perpaduan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Mohd Zuki Ali
#Pemukiman Jemaah Menteri 2024
#perkhidmatan awam
#sinergi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan