awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketika 'sorakan semakin pudar' MMM Hall of Fame 2025 angkat legasi wira sukan negara
[TERKINI] MB Perlis umum letak jawatan secara sukarela
Perspektif, cadangan rakyat untuk perkasa bantuan SARA 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pemukiman KPT erat hubungan, tingkat kerjasama antara universiti awam dan politeknik

Bernama
Bernama
16/02/2025
15:45 MYT
Pemukiman KPT erat hubungan, tingkat kerjasama antara universiti awam dan politeknik
Zambry berharap semua fokus utama KPT tahun ini dapat direalisasikan dengan jayanya. - Gambar FB Zambry
PUTRAJAYA: Program permukiman selama dua hari melibatkan pengurusan tertinggi Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), naib canselor, rektor universiti dan pengarah politeknik menjadi platform mengeratkan hubungan, meningkatkan kerjasama antara universiti awam serta politeknik di negara ini.
KPT dalam kenyataan hari ini memaklumkan program yang dicetuskan Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir itu menghimpunkan 20 naib canselor termasuk rektor universiti serta 36 pengarah politeknik.
"Idea penganjuran program ini amat penting sebagai platform penyampaian mesej dan agenda KPT secara terus kepada kepimpinan utama dan politeknik untuk dilaksanakan di institusi masing-masing.
"Program Retreat Bersama Doc Zam yang diadakan di Lumut, Perak itu melabuhkan tirai hari ini dan diisi dengan pelbagai pengisian, aktiviti serta sesi libat urus antara pengurusan tertinggi KPT dan institusi pendidikan tinggi awam (IPTA) serta Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK)," menurut kenyataan itu.
KPT memaklumkan program itu juga dapat memperkukuh kerjasama antara semua IPTA di seluruh negara serta memperkukuh semangat kerja berpasukan untuk melakar kecemerlangan dan meningkatkan kualiti pendidikan tinggi negara.
Kenyataan itu menyebut program berkenaan juga membuka ruang dan peluang untuk pimpinan tertinggi IPTA berdialog secara terus bagi menyatakan persoalan, pandangan, cadangan serta perkongsian dalam usaha menambah baik pelbagai aspek berkaitan pendidikan tinggi.
Dalam kenyataan sama, Zambry berharap semua fokus utama KPT tahun ini dapat direalisasikan dengan jayanya terutama dalam aspek penyediaan bakat terbaik negara, pemindahan dan perkongsian ilmu, tadbir urus pengurusan IPTA dan pembangunan infrastruktur kampus.
"Kementerian juga komited untuk memastikan segala agenda transformasi yang direncana dapat dilaksanakan dengan mengambil kira kepentingan segenap pemegang taruh dalam ekosistem pendidikan tinggi," katanya.
Program itu turut dihadiri Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Mustapha Sakmud, Ketua Setiausaha KPT Datuk Seri Ir Dr Zaini Ujang, pengurusan tertinggi dan jabatan di bawah KPT.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Kementerian Pendidikan Tinggi
#fokus utama
#program pemukiman
#JPPKK
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan