awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MPM mohon dana RM20 juta bagi pembangunan atlet para
Dari bilik darjah desa ke pentas dunia, tiga murid Orang Asli raih emas robotik antarabangsa
Festival Kraf Johor 2025: MOTAC sasar nilai jualan RM9.8 juta
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PEMULIH: Permohonan pengeluaran I-Citra KWSP dibuka 15 Julai

Bernama
Bernama
28/06/2021
15:42 MYT
PEMULIH: Permohonan pengeluaran I-Citra KWSP dibuka 15 Julai
KWSP berkata ahli boleh memohon kemudahan itu menerusi portal dalam talian i-Citra di icitra.kwsp.gov.my. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: i-Citra, kemudahan pengeluaran terkini Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bagi membantu ahlinya dalam jangka pendek untuk mendepani cabaran kesan daripada Perintah Kawalan Pergerakan, akan dibuka untuk permohonan bermula 15 Julai ini.
Dalam satu kenyataan, KWSP berkata ahli boleh mula memohon kemudahan itu menerusi portal dalam talian i-Citra di icitra.kwsp.gov.my dengan pembayaran pertama dijangka akan dikreditkan dalam akaun ahli pada Ogos 2021.
Semua ahli di bawah 55 tahun layak untuk memohon i-Citra, yang membolehkan mereka mengeluarkan sehingga maksimum RM5,000 tertakluk kepada jumlah baki di kedua-dua Akaun 1 dan 2.
Jumlah pengeluaran yang diluluskan akan dibayar untuk tempoh sehingga lima bulan dengan bayaran bulanan sebanyak RM1,000 sebulan tertakluk kepada baki simpanan atau minimum RM50.
Turut diperlukan adalah nombor telefon bimbit yang telah dikemas kini untuk menerima Kod Pengesahan Transaksi (TAC) dan akaun bank peribadi aktif untuk memudahkan proses permohonan.
i-Citra diperkenalkan sebagai inisiatif bagi membantu ahli KWSP yang berdepan cabaran dan diusahakan setelah dipertimbangkan dengan teliti mengenai cara terbaik untuk membantu ahli terjejas, sekali gus berpegang kepada mandat KWSP.
"Walaupun KWSP tetap komited untuk membantu melindungi dana persaraan ahli, kami maklum perlunya keseimbangan bagi keperluan semasa dengan simpanan masa depan dan kemudahan sementara bagi membantu ahli dalam menghadapi pandemik ini," katanya.
Untuk maklumat lanjut, ahli boleh merujuk laman web KWSP di www.kwsp.gov.my atau menghubungi Hotline i-Citra di talian 03-8922 4848.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#KWSP
#i citra
#PEMULIH
#permohonan dibuka
#15 julai
#kredit
#Ogos
#Perdana Menteri
#Muhyiddin Yassin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan