PEMULIH: Semua Ahli Parlimen terima RM300,000 untuk Bantuan Bakul Makanan - PM

Fareez Azman
Jun 28, 2021 10:08 MYT
Semua Ahli Parlimen menerima peruntukan RM300,000 untuk program Bantuan Bakul Makanan. - Gambar fail
PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan peruntukan sebanyak RM300,000 kepada semua Ahli Parlimen, termasuk wakil rakyat pembangkang bagi melaksanakan Bantuan Bakul Makanan untuk rakyat terjejas akibat COVID-19.
"Dalam soal menyampaikan bantuan kepada rakyat, saya mengambil sikap untuk mengetepikan perbezaan politik.
"Baik Ahli Parlimen kerajaan atau pembangkang, semuanya mestilah memikul tanggungjawab bersama untuk membantu rakyat di kala ramai yang sedang menanggung kesusahan.
"Gunalah peruntukan ini sebaik mungkin untuk membantu rakyat yang memerlukan di kawasan Parlimen masing-masing," katanya.
Beliau berkata demikian dalam pengumuman khas Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) pada Isnin.
Selain itu, beliau turut mengumumkan sebanyak RM10 juta diperuntukkan bagi tujuan Bantuan Bakul Makanan khusus untuk masyarakat Orang Asli.
#PEMULIH #Bakul Makanan #ahli Parlimen #pembangkang #peruntukan khas #RM300 ribu #Perdana Menteri #Muhyiddin Yassin