awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pemulihan bekalan air capai 38.8 peratus di tiga wilayah terjejas di Lembah Klang

Hafizi Rosli
Hafizi Rosli
21/12/2021
02:50 MYT
Pemulihan bekalan air capai 38.8 peratus di tiga wilayah terjejas di Lembah Klang
Sehingga jam 9.00 pagi, pemulihan bekalan air di 472 kawasan terjejas di tiga wilayah iaitu Petaling, Kuala Lumpur dan Hulu Langat telah mencapai tahap 38.8 peratus. -Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Pemulihan bekalan air di 472 kawasan terjejas di tiga wilayah -- Petaling, Kuala Lumpur dan Hulu Langat -- mencapai tahap 38.8 peratus setakat jam 9 pagi Selasa.
Menurut Air Selangor dalam perkongsian infografik di akaun Twitter, wilayah Petaling sudah mencatatkan pemulihan sepenuhnya.
Manakala bagi Wilayah Hulu Langat pula, peratusan pemulihan sudah mencapai 54 peratus.
Kuala Lumpur pula mencatat 14.4 peratus peratusan pemulihan.
Sehingga jam 9:00 pagi, pemulihan bekalan air di kawasan yang terjejas telah mencapai tahap 38.8%. Para pengguna juga boleh mendapatkan senarai kawasan yang telah pulih menerusi laman sesawang https://t.co/Wvf5kBq8ze serta aplikasi Air Selangor.#AirSelangor #1221CherasLangat2 pic.twitter.com/WDloMnWwlY
— Air Selangor (@air_selangor) December 21, 2021
Gangguan bekalan air tidak berjadual ini susulan dua loji rawatan air (LRA) terpaksa dihenti tugas dan satu loji beroperasi pada pengeluaran separa.
Ini berikutan peningkatan paras sungai yang mengakibatkan banjir.
Bagi LRA Langat 2, berlaku penutupan bekalan elektrik kecemasan di muka sauk Semantan yang mengakibatkan ketiadaan bekalan air di LRA Langat 2.
Malah, peningkatan paras kekeruhan air yang tinggi mengakibatkan LRA hanya mampu mengeluarkan 40 peratus daripada pengeluaran harian manakala LRA Cheras Batu 11 terpaksa di henti tugas berikutan banjir.
Para pengguna boleh merujuk kesemua saluran komunikasi rasmi kami seperti aplikasi Air Selangor, Facebook, Instagram dan Twitter atau hubungi Pusat Perhubungan Air Selangor di talian 15300.
Topic Berkaitan
#Air Selangor
#bekalan air
#Kuala Lumpur
#banjir
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan