awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
EU kecam pelanggaran gencatan senjata berulang kali oleh Israel di Gaza
Pelakon Pablo Amirul dan Dr Hana kini sah suami isteri
China laksana hukuman mati terhadap empat lagi anggota mafia Myanmar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pemulihan bekalan air ke empat daerah lebih 51 peratus - Air Selangor

Astro Awani
Astro Awani
25/12/2022
23:40 MYT
Pemulihan bekalan air ke empat daerah lebih 51 peratus - Air Selangor
Bekalan air di empat daerah yang terlibat henti tugas LRA Sungai Semenyih dan LRA Bukit Tampoi disalur secara berperingkat. -Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Pengurusan Air Selangor (Air Selangor) memaklumkan setakat jam 6 pagi ini, Sepang mencatat peratus pemulihan bekalan air sebanyak 51 peratus, Hulu Langat 83 peratus, dan Petaling 54 peratus, serta Kuala Langat 93 peratus.
Bekalan air di empat daerah yang terlibat henti tugas Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Semenyih dan LRA Bukit Tampoi disalur secara berperingkat bermula Ahad.
Menurut Air Selangor, tempoh masa pemulihan bekalan air adalah berbeza dari satu kawasan ke kawasan lain bergantung kepada lokasi dan jarak premis pengguna.
“Air Selangor berharap agar pengguna yang mendapat bekalan menggunakan air secara berhemah bagi memastikan proses pemulihan di kawasan lain berjalan seperti dijadualkan,” menurut Air Selangor di akaun Facebooknya.
Pada Sabtu, LRA Sungai Semenyih dan LRA Bukit Tampoi dihenti tugas akibat dari tumpahan pati minyak wangi daripada kemalangan lori membawa muatan itu di Lebuhraya ELITE berdekatan Bandar Serenia, Negeri Sembilan.
Tumpahan 1,000 liter pati minyak wangi tersebut menyebabkan pencemaran bau dan LRA terbabit terpaksa dihenti tugas bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku.
Berikutan insiden pencemaran bau itu sebanyak 472 kawasan di lima wilayah Air Selangor mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual.
Topic Berkaitan
#bekalan air
#LRA Sungai Semenyih
#LRA Bukit Tampoi
#Air Selangor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan